- Dari Pantai Timur Menganjur ke Utara...


Cuti Hari pekerja 1 Mei 2011,
saya dan adik beradik bercadang untuk makan angin ke Pulau Pinang ..
Terlanjur pula ingin mengambil Aliff , anak buah yang telah menyelesaikan pengajiannya di Politeknik Pulau Pinang….
Saya, ateh dan Ina disertai keluarga masing-masing.
Sedangkan De hanya berseorangan sahaja
kerana keluarga yang lain tidak dapat ikut serta..
Sayangnya Alang sekeluarga tak dapat menyertai kami kali ini..

Bergerak dari Jengka selepas Jumaat, berkonvoi 3 buah MPV..
Melalui jalan Jerantut..kerana menurut kata Jaffri ikut laluan ini lebih menjimatkan masa…Hmmm…tak ape, kita tengok…
Kami Singgah di masjid besar Jerantut untuk solat asar..
Seusai solat kami menyambung kembali perjalanan..
kami terselamat dari tol tetapi laluannya cukup berliku-liku .

9.00 malam kami berhenti makan di Cameron Highland..
Oleh kerana kedinginan yang teramat ,
memaksa saya membeli 2 helai selendang buat membalut tubuh yang kedinginan…
Tidak menyangka singgah di sini ,maka saya tidak menyediakan baju sejuk Ain…

Memesan bihun sup….menikmati bihun sup dalam suasana yang dingin amat lah menyelerakan…
Selesai makan kami mencari surau di tepi2 jalan
untuk melakukan solat Jamak Takhir isyak dan maghrib..
Ketika ini jam telah pun menunjukkan angka 11.45 malam…
Betapa dingin nya air yang menyentuh kulit saat ingin berwuduk..

Kami meneruskan kembali perjalanan..
Tika melalui jalan-jalan yang pernah kami susuri tahun 2010
hati jadi begitu sayu terkenangkan emak…
Mei 2010…,
dibumi Cameron inilah menjadi percutian dan Hari Keluarga terakhir antara kami dan emak.

Sesekali saya terlelap..tetapi tak sampai hati untuk tidur,
kasihankan encik zauj yang memandu di sebelah..
Kereta kami berada dibelakang sekali,
jadi saya terpaksa memerhati dua buah kereta di hadapan
agar keluarga kami tidak tercicir jauh..

Akhirnya 3.00 pagi kami selamat tiba di Pulau Pinang…
12 jam perjanan berkonvoi ikut laluan Jerantut…
Waktu ini telinga Jaffri telah ‘penuh’ dengan sindiran..
kerana ini adalah plan dia…
Tak mampu berkata apa-apa, dia hanya sekadar tersenyum sahaja…
(✿◠‿◠)

Suasana pagi di Penang dari apartment inapan kami

Merentasi Jambatan Pulau Pinang...
Kali terakhir lalu di sini 5 tahun lepas sewaktu Konvokesyen encik zauj di USM..

Bersiap seawal pagi untuk makan angin ke Bukit Bendera..Banyak perubahan, keretapi bukit juga telah diselenggara baru yang di control oleh computer..Menaiki Bukit Bendera yang menegak itu hanya mengambil masa enam minit sahaja….
Gambar bawah, keretapi bukit sedang menuruni Bukit Bendera..


Berada di dalam Keretapi sungguh menggayatkan
Senyum kami juga dalam kegayatan....
Pengalaman menaiki Keretapi Bukit...Memang cuak bagi sesiapa yang gayat....

Dari atas Puncak Bukit Bendera

Di atas puncaknya 800m dari aras laut kita boleh melihat pemandangan Pulau Pinang..
Kenangan di puncak bukit

Kreatif...
Daun palas dianyam...Inilah hasilnya, belalang...
Kreatif3x...
Menurut kata De , mak kami pandai membuat anyaman sebegini...


Kak De Fitrah, Along Hakim dan Angah Bila
pula sempat bermesra dengan Si Sawa Albino...
Along awal-awal lagi sudah menolak tawaran untuk bergambar bersama Sawa Albino...

bergambar kenangan di Bukit Bendera

Suasana petang di hadapan Dataran Padang Kota...

Lepak di Padang Kota setelah seharian meronda Penang...
Sambil melihat kapal yang sedang bergerak di tengah laut..Ambil kesempatan menikmati 'Pasemboq Penang'...mmmm...ternyata memang sedap...
Selesai mengisi perut malamnya pulang ke apartment penginapan...
Masing-masing seusai membersihkan diri dan bersolat
hanya menunggu bantal disorong ke kepala.
Oleh kerana keletihan yang begitu mencengkam diri,
mata amat mudah terkatup...


Sebelum meninggalkan Penang,
singgah di jeti membeli jeruk untuk dibawa pulang
dan di agihkan kepada kenalan serta jiran tetangga..
Hajat hati ingin memborong di kilang jeruk (kilang jeruk bumiputera)
tak teringat pula kawasan perindustrian tutup sempena cuti umum Hari Pekerja..


Alang-alang sudah melepasi utara kami lantas merentasi Negeri Perlis.....
Kangar menyambut ketibaan kami petang itu dengan gerimis..



Oleh kerana tiba agak lewat ,
jadi kami kesuntukan masa untuk membeli-belah...
Sekadar membeli apa yang perlu sahaja..
Selebihnya kami mencuci mata..
Kedai-kedai di Padang Besar ini ditutup pada pukul 6 petang...
Jam 7 petang kami bergerak keluar
dan memulakan perjalanan meninggalkan Perlis Indera Kayangan..
Selamat Tinggal Perlis..
Entah bila kita akan bertemu lagi..

Alhamdulillah Segalanya Berjalan Seperti Yang diRancang.. . Pulau Santap … Kami Singgah di Dada Sungai mu..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...