Pulau Santap … Kami Singgah di Dada Sungai mu..
Berkisar tentang ‘Hari Keluarga ‘
yang berlangsung di Pulau Santap, Janda Baik baru-baru ini.
Ideanya datang secara spontan,untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini
yang bertarikh pada 23 April 2011…
Kali kedua kami berFamily Day di sini..Kali pertama dahulu kami bermalam di D’Ark Resort…
yang berlangsung di Pulau Santap, Janda Baik baru-baru ini.
Ideanya datang secara spontan,untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini
yang bertarikh pada 23 April 2011…
Kali kedua kami berFamily Day di sini..Kali pertama dahulu kami bermalam di D’Ark Resort…
Terkadang sesuatu perkara yang dirancang dalam keadaan tergesa-gesa ada ketikanya lebih ‘cantik’ dan menjadi daripada sesuatu yang kita rancang dengan penuh ketelitian...Ia menyedarkan saya sesungguhnya “wamakaru wamakarullah"..
Sebenarnya rancangan ‘Hari Keluarga’ ini telah lama dirancang
dan sepatutnya diadakan pada 13 Mac 2011 yang lalu..
Tiga dalam satu…, selain berHari Keluarga,
kebetulan pada tarikh yang sama adalah hari ulang tahun pertama kedai Runcit Halal saya
dan Ulang tahun perkahwinan Ateh,
kakak yang saya amanah kan untuk menguruskan kedai …
Begitu kemas aturcara yang saya rangkakan,
telah siap TENTATIFnya sekali ..
Segala macam AJK telah saya wujudkan…
Bak kata pepatah Kita hanya merancang ,
Tuhan penentu segala-galanya….
dan sepatutnya diadakan pada 13 Mac 2011 yang lalu..
Tiga dalam satu…, selain berHari Keluarga,
kebetulan pada tarikh yang sama adalah hari ulang tahun pertama kedai Runcit Halal saya
dan Ulang tahun perkahwinan Ateh,
kakak yang saya amanah kan untuk menguruskan kedai …
Begitu kemas aturcara yang saya rangkakan,
telah siap TENTATIFnya sekali ..
Segala macam AJK telah saya wujudkan…
Bak kata pepatah Kita hanya merancang ,
Tuhan penentu segala-galanya….
~ TENTATIF ~PENASIHAT : HAJJAH RAHMAH BINTI MAT
PENGERUSI : HAJI HAYUDIN BIN HJ MAT SOHOR
NAIB PENGERUSI : EN UYUP BIN AHMAD
SETIAUSAHA : HJ ZULKARNAEN BIN ABDULLAH
KETUA BBQ : EN.JAFFRI BIN ABDUL RAHMAN
KETUA LOKASI : EN SHAMSUDIN BIN LISUT
- 7.00 pg ~ Bertolak dr Jengka (4 Keluarga)
- 8.00 pg ~ Bertemu dengan keluarga Cikgu Shamsudin di tol Karak 9.00 pg ~ Dijangka sampai ke destinasi. 9.15 pg ~ Persiapan tempat dan memasang khemah diketuai oleh Cikgu Shamsudin & taklimat ringkas oleh Hj Zulkarnaen.
- 9.30 pg ~ Atur cara bermula, Pengerusi Majlis Cik Nur Hanis Shamsudin. ~ Bacaan doa selamat oleh Hj Hayudin Mat Sohor. ~ Penyediaan tempat membakar yang di ketuai olh Sdr Jaffri. ~ Sukaneka - Pengerusi Majlis Sukaneka : Cik Hidayatul Izni -
- AJK -
- 1. M Aliff
- 2. MSyafiq
- 3. M Naim
- 4. M Akram
- 5. Fauzi
- 11.30 pg ~ REHAT
- ~ Makan
- ~ Acara Bebas
- ~ Penyampaian Hadiah dan cabutan bertuah
- ~Pengerusi Majlis Cik Nur Hanis.
- ~ Ucapan Penutup 1.30 ptg ~ Solat berjemaah 2.00 ptg
- ~ mengemas dan membersih kawasan
- AJK :
- 1. Nur Hazwani
- 2. Alyaa Najihah
- 3. Nur Seri Solihah
- 4. Wardah 3.00 ptg
- ~ BERSURAI
Seminggu sebelum hari yang ditunggu-tunggu tiba…secara mengejut bonda kami ‘dijemput’ pulang ke negeri KEKAL ABADI…. Orang yang selalu menjadi pengerak, dan pendorong dalam apa jua perkara yang ingin saya lakukan telah pergi buat selama-lamanya… Kata-kata semangat dan motivasi yang meluncur dari bibirnya jugalah yang mengukuhkan semangat saya memulakan langkah pertama untuk terdirinya sebuah PERNIAGAAN yang berkonsepkan Kedai Halal…Jasa bonda terlalu besar...
Kali ini anak2 buah yang sedang sibuk menghadapi exam terpaksa kami cicirkan dari senarai ... tak mahu ‘kacau’, jadi mereka terpaksalah kami tinggalkan.Ta…ta..Kak Long Ezniey, Abang Ngah Syafiq, Abang De Naim, Abang Long Alip dan Kak Ngah Alyaa.
Jika memasuki perkampungan Janda Baik cuba anda off kan aircond
dan turunkan cermin tingkap… Anda akan bisa menikmati hembusan angin dingin,
lembut menyapa wajah…Sungguh nyaman sekali….
Aktiviti kami….Setiba di tepi Sungai , menyediakan tempat untuk bersantai dan sarapan… Aktiviti yang paling tak sabar semua orang mahu lakukan sesegera mungkin....
apa lagi kalau bukan berendam di dalam sungai…
Hari ini semua orang mahu menjadi DUGONG….
Sungainya mengalir agak laju tetapi cetek,
sesuai untuk anak-anak kecil bermain di tepi-tepinya..
Saat mencecah kaki ke dalam sungai..
MasyaALLAh ..,
seakan menganjal seluruh tubuh naik ke darat…
Betapa sejuk dan dingin airnya…
Tetapi jangan risau jika tubuh sudah di dalam pelukan Sang Sungai…
alamat susah untuk kembali ke darat ..
Seronok melihat telatah anak-anak dan abah-abah .. berendam hingga kulit mengecut…
bibir biru bagaikan si perokok tegar…
badan sudah menggigil pun masih culas diajak naik…
Hai...,penangan Sungai Santap Si Janda Baik…
Walau dalam keriuhan dan keriangan anak-anak
dan anak-anak buah…
Hati masih juga terkenangkan bonda…
Andai dia ada bersama waktu itu,
bibir pasti tak lekang dengan senyuman
melihat gelagat anak-cucu..
Apa tidaknya...,
Alang Si Pengerusi Family Hj Mat Sohor Hassan pun tak kurang hebatnya,
berendam bersama adik-adik ipar ..,
AbangTeh dan Cikgu Zul Bigpower2u…
Jarang-jarang dapat begini...
Kaum ibu agak kemudian mengambil bahagian
kerana sibuk membakar ayam dan menyiapkan makanan yang di bawa…
Mewah juga menu hari itu…
‘Nasi Impit Bersanding Kuah Kacang’,
‘Bihun Goreng Rendah Kolesterol’,
‘Sandwich Adabi Special’,
‘Kacang Kuda Rebusan Mak Long’,
dan menu utama ‘Ayam Bakar Renjisan Kuah Kacang’…..
Lazat yang melampau-lampau menunya….
Keseronokan berganda kerana gembira melihat orang-orang tersayang bergembira..
Pulau Santap.. andai ada umur panjang insyaAllah kita bisa ketemu lagi di dada sungai mu...
p/s: Di atas ni gambar D'Ark Resort... Kenangan Hari Keluarga dua tahun yang lalu ( Tahun 2009 )
Kami menginap di sini... cantik tempatnya...
Resortnya seperti rumah kediaman tradisional dan sangat menarik.. WAKTU INI HARI KELUARGA KAMI, EMAK MASIH ADA...
Ulasan
Hmmm tapi sedih nyer x dpt join.......sebak rasa