Tiga Tetamu Misteri
Seorang isteri tinggal di rumahnyaa bersendirian.Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.Sedang sibuk dia menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.
Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada.Sudikah tuan-tuan duduk dihalaman sementara menunggu suami saya pulang?"
Salah seorang daripada mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar."
Sejurus kemudian suaminya pulang, mereka bersalaman dengan para tetamu.Tetamu-tetamu itu memperkenalkan diri.
"Saya 'kekayaan',"kata lelaki pertama.
"Saya 'kejayaan',"kata lelaki ke dua.
"Dan saya 'kasih sayang'ujar lelaki tua yang akhir.
Si lelaki menjemput tetamunya masuk.Namun, yang paling tua bersuara,"Hanya seorang sahaja antara kami yang boleh masuk."
"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?"
"Ya" Jawab mereka.
"Tunggu kami berunding dulu," pinta tuan rumah.
"Kita pilih 'kekayaan'," cadang si isteri."Semoga rumah tangga kita akan dilimpahi dengan kekayaan.Dengan kekayaan kita boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini.
"Tidak," kata si ayah."Apa kata kita pilih 'kejayaan'.Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta.Bukan itu sahaja, malah banyak lagi."
"Ayah, ibu...Saya cadangkan kita pilih 'kasih sayang'." kata si anak."Biarlah kita hidup seperti hari ini.Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang.Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya.."
Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.
"Baiklah , kita akan menjemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah.
"Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pak cik 'kasih sayang' sebagai tetamu.Kami memohon maaf kerana menolak tuan kekayaan dan kajayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta."
Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh ke dua-dua orang tua yang lain.Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah.
"Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk?Bukankah tadi saya hanya memilih kasih sayang?"
"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang beerti kau juga menjemput kekayaan dan kejayaan.Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."
Mendengarkan itu, lelaki,isteri dan anaknya tersenyum gembira.ALHAMDULILLAH..
Moral : Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan.Dengan kasih sayang, kekayaan dan kejayaan akan menyusul.Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperolehi kedua-duanya sekali...Kaya harta dan kaya jiwa!

Ulasan
cikgu,
mohon utk dicopy dan dikongsi...=