Meneladani Asma' binti Abu Bakar r.ha.





Bismillahhirrahmanirrahim.....


Salam ukhuwah berbalut wangian kasih mesra buat sahabat-sahabat yang sudi mengintai sejenak teratak saya untuk membaca sekilas entri yang ada terselit di sini....Ralit menelaah artikel yang padat dalam Solusi, hati tertarik dengan nukilan Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman...Mengenali Ustaz Husni sewaktu menunaikan haji lewat tahun 2010..Bertugas sebagai salah seorang ustaz pembimbing dalam rombongan kami...Seorang yang agak lucu sewaktu menyampaikan kuliah dan ceramah kepada kami..

Terdetik hati untuk berkongsi apa yang dibaca hasil penulisan beliau.Andai Ustaz Husni 'tersesat' ke teratak saya dan terbaca bahan yang saya 'pinjam' dari ideanya, harap-harap beliau tidak kisah...

Asma' Abu Bakar

Dilahirkan 27 tahun sebelum Hijrah,Asma' binti Abu Bakar mempunyai sejarah hidup yang penting untuk Islam.Merupakan kakak yang lebih sepuluh tahun lebih tua kepada Ummul Mukminin Aisyah r.ha.Digelar dengan za al-nitaqain(empunya dua tali pinggang) yang tersemat kisahnya dalam sejarah hijrah.

Al-Zubair bin al-Awwam r.a menjadi raja hatinya.Beliau bernikah dengan al-Zubair r.a dalam keadaan tidak mempunyai harta, hamba sahaya mahupun lainnya, kecuali kuda.Maka Asma' memberi makan kudanya dan mencukupkan keperluannya serta melatihnya.Beliau menumbuk biji kurma untuk dijadikan makanan kuda, memberinya air minum dan mengadun adunan roti adalah kerjanya saban hari.

Suatu ketika al-Zubair bersikap keras terhadapnya, maka Asma' pergi kepada ayahnya dan mengadu hal itu. Maka Abu Bakar berkata : "Wahai anakku, sabarlah! Sesungguhnya wanita itu apabila bersuami seorang yang soleh,kemudian suaminya meninggal dunia, sedang isterinya tidak berkahwin lagi,maka kedua-duanya nanti akan berkumpul di syurga."

Asma' datang kepada Nabi saw lalu bertanya : "Ya Rasullallah, aku tidak punya sesuatu di rumahku kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepada ku.Bolehkah aku memberi dan menyedekahkan apa yang telah diberikan kepadaku olehnya?'
Maka Nabi saw menjawab :"Berikan lah (bersedekah) sesuai dengan kemampuan dan jangan menahannya agar tidak ditahan pula sesuatu pemberian terhadapmu".

Dengan pesanan Baginda saw itu,Asma' menjadi seorang wanita dermawan. Anakandanya Abdullah bin Zubair r.a berkata :" Tidak pernah kulihat dua orang wanita yang lebih dermawan daripada Aisyah dan Asma'."

Gaya dermawan mereka berbeza.Aisyah suka mengumpul sesuatu sehingga setelah terkumpul padanya, dia akan membahagi-bahagikannya.Sedangkan Asma' binti Abu Bakar tidak menyimpan sesuatupun untuk keesokannya melainkan setelah disedekahkan semuanya.



Asma'binti Abu Bakar meninggal dunia dalam usia menjangkau 100 tahun.Inilah usia yang penuh dengan keberkatan!Jiwa contoh daripada kisah seorang ibu yang kukuh imannya seperti Asma' akan melahirkan jiwa kental seorang anak seperti Abdullah al-Zubair yang pergi menemui tuhan dalam dakapan keredhaan dan kemuliaan.Hidup dengan kemanisan iman walau terpaksa menelan pahitnya ujian.Marilah kita semua kembali koreksi diri.Kepada para ibu yang dikasihi, kembalilah berjiwa besar dengan didikan Mahabbah dan tarbaih fillah.Jangan terpedaya dengan ramainya wanita bergelar ibu yang menggayakan pelbagai ragam untuk ditonton dikhalayak terutama laman-laman web sosial.

Ini bukan ibu yang kita ingin cari dan jadi.Carilah identiti sebenar seorang ibu yang berhias dengan pakaian al-ahya'(malu) dan taqwa.Kembalilah semula kepada Allah dan Rasulnya..Berusahalah kita dalam meneladani sikap srikandi Islam ini..

Sumber dari 'Solusi'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...