Selamat Ulang Tahun Along..





Along....
Alhamdulillah, maka hari ini genablah usiamu yang ke 11 tahun..
Setelah tiga hari pulang dari menjadi tetamu yang Maha Agung kita masih di beri ruang untuk bernafas menyambut ulang tahun kelahiran Along..

Along...
Sesungguhnya umrah yang kita lakukan tempoh hari,
anggaplah ianya hadiah
untuk along sempena hari lahirmu dari ummi dan abah,
ya nak...


Along...
Ummi dan abah tak minta banyak...
Apa yang kami harapkan along membesar sebagai anak yang soleh
menjadi contoh teladan kepada Ain..
Moga Along bisa menjadi seorang anak ,abang dan pemimpin keluarga
yang berakhlak mulia di sisiNya.

Along...

Ummi dan abah juga sentiasa berdoa seusai solat
moga impian dan cita-cita along
untuk menjadi salah seorang Saintis Islam yang hafiz Al-Quran akan termakbul..
Amin....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...