WAHAI MUSLIMIN...BERSEGERALAH MENGHADIRI SOLAT JUMAAT..

Alhamdulillah...

Kita masih diberi ruang waktu dan peluang
untuk bertemu dengan PENGHULU segala hari , JUMAAT yang penuh keberkatan ini..
Pada Hari Jumaat inilah kaum Muslimin mengatur langkah
menuju ke masjid-masjid untuk berjemaah Solat Jumaat..

Sebenarnya.......,

Terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang-orang
yang bersegera ke masjid pada HARI JUMAAT.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah saw,
yang diringkaskan seperti berikut:

Orang yang masuk ke masjid di awal waktu
seolah-olah berkorban seekor unta.....


Org yang masuk masjid pd
waktu kedua ,
seperti berkorban seekor lembu,


Org yang masuk masjid di waktu ketiga,
seperti berkorban seekor kibas atau kambing.



Org yang masuk masjid di waktu ke empat'
seperti berkorban seekor ayam.


Dan akhir sekali org yg masuk masjid di waktu terakhir,
(ketika khatib berkhutbah)....
maka orang itu seperti
berkorban sebiji telur!...




Oleh itu wahai muslimin,
berebut2lah utk mendapat ganjaran seperti berkorban seekor unta...
kerana yg selalu kita lihat,
orang datang ke masjid setelah Khatib berkhubah..
Maka alangkah ruginya mereka itu....

Semoga menjadi pedoman dan ingatan buat semua....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...