Kisah Yang Sangat Menyentuh Hati

Assalamualaikum.....

Saya terbaca cerita seorang gadis kecil dari Mesir yang begitu tabah..Ketabahan dirinya merentasi usia kanak-kanaknya..Kisah ini cukup menyayat hati.Membuatkan hati keibuan saya begitu tersentuh...
Saya ingin berkongsi kisah ini dengan sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca yang singgah di sini. Ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Bara'a..







Wajah manis seorang 'ahli syurga'

Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yang taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yang sangat manis dan cerdas . Di usia yang masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yang boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:

"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari untuk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dari sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga petang. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.

Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dengan segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan puterinya terkejut dgn berita itu lalu meminta puetrinya menunggu di dalam kereta, sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dengan berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan untuk menyeberang jalan, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yang sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…

Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya mengenai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari kemudian, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapanya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bahawa ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2.

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dari penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kadang2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.


Terjemahan:

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Hari2 yang berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser telah melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dalam tempoh masa yang sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kadang2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) untuk memberikannya semangat bagi meneruskan hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser.Allah sangat-sangat menyayangi beliau.. Dia akhirnya meninggal dunia pada 26 Jun 2010..innanillahi wainna ilaihi raaji'un..

Semoga mendapat sesuatu daripada perkongsian ini. Apa yang paling nyata buat kita adalah...benar, KEKUATAN ITU HANYA DARI ALLAH.Pautan

Ulasan

Akhi Huzaifah berkata…
salam wbt...

subhanallah...

Allah swt lebih menyayangi beliau, semoga Allah pertemukan mereka semua di syurga..
insan_marhaen berkata…
Salam Ustaz..Ya mudah2an mereka dikumpulkan bersama para kekasih Allah..Atas nama seorang ibu..,hati begitu tersentuh dengan kisah Bara'a ini..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...