Cerita Si Tukang Kayu.. Kerja Biar Ikhlas...




Suatu ketika ada seorang tukang kayu yang sangat berdedikasi....
Ketekunan dan dedikasinya beliau bekerja telah menghasilkan banyak reka bentuk rumah yang cantik dan sangat indah...Setelah bertahun-tahun bekerja....
Suatu hari timbul keinginan beliau untuk berehat dan berhenti dari menjadi tukang kayu...

Hasrat hati Si Tukang kayu untuk 'pencen' itu telah disampaikan kepada majikannya.Mendengarkan itu, majikan beliau merasa sedih dek kerana akan kehilangan seorang pekerja yang sangat rajin dan tekun dalam bekerja...

Tetapi sebelum melepaskan Si Tukang Kayu pergi, dia berharap satu hajatnya akan dipenuhi oleh pekerjanya itu... Si majikan meminta Tukang Kayu untuk menghasilkan satu projek terakhirnya....Beliau meminta agar dibinakan sebuah rumah...

Tukang Kayu berada dalam keadaan dilema..kerana hatinya begitu teruja untuk berhenti kerja...Mengenangkan majikannya seorang yang baik dan beliau sendiri telah terhutang budi, maka Tukang Kayu itu menyanggupi tugas yang diberi kepadanya..




Maka bermulalah proses membina rumah tersebut..Bekerjalah Si Tukang Kayu dalam keadaan separuh hati tidak seperti sebelumnya...Dibinanya rumah itu dari kayu-kayu yang tidak berkualiti...Setelah beberapa lama akhirnya rumah itu siap...Tetapi hasil kali ini tidaklah secantik hasil tukangannya yang terdahulu.Banyak kekurangan dan cacat celanya pada rumah tersebut kerana ia terbina hasil kerja separuh hati...

Si Tukang Kayu akhirnya berjumpa buat kali terakhir dengan majikannya
lalu menyerahkan kunci rumah yang telah disiapkan...
Tetapi majikannya tidak mahu mengambil kunci tersebut....
kerana katanya rumah itu ingin diberikan kepada si Tukang Kayu sebagai hadiah dan penghargaan atas perkhidmatannya selama ini...




Alangkah terkejutnya Tukang Kayu bila mengetahui hal itu.....
Timbul perasaan kesal yang tidak terhingga kerana membina rumah tersebut di atas sikap sambil lewa dan semberono..Sedangkan sepanjang kerjayanya, Si Tukang Kayu biasanya menghasikan kerja yang begitu berkualiti.Andai Tukang Kayu tahu rumah tersebut mahu dihadiahkan kepadanya tentulah dia akan membinanya secantik mungkin..Bahkan mungkin inilah rumah yang paling indah dalam banyak-banyak rumah yang telah dibinanya.....

Moral Cerita : Kuncinya adalah keikhlasan.... keikhlasan merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap amal juga pekerjaan yang kita lakukan....

APA PENDAPAT Sahabat2 TENTANG CERITA INI????

Ulasan

Green Apple berkata…
betul tu ummu... dalam semua hal mestilah ada keikhlasan... datng luhur dari hati...
insan_marhaen berkata…
Ya..Sesungguhnyanya KEIKHlasan itu seumpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang KELAM...;-D
maMataufiQ berkata…
kalo kite tulus,iklas dlm wat keje mesti kita ni akan dihargai...tp malangnya keikhlasan itu hanya seketika...
rimbunhijau berkata…
belajarlah untuk ikhlas :)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...