BERSIH....BERSIH....BERSIH....Kami mahu Segalanya Bersih




Perhimpunan BERSIH adalah pertubuhan NGO yang menjadi peneraju transformasi ke arah demokrasi yang lebih baik.

Kalau demokrasi telah dicabul, demi untuk memastikan keputusan undi dapat dimanipulasi agar berpihak kepada parti yang memerintah, bagaimana mungkin parti pemerintah akan boleh dikalahkan melalui piliharaya?

Tidak dapat dinafikan dalam keghairahan parti politik yang memerintah untuk terus mengekalkan kuasa, dengan sengaja atau tanpa mereka sedari, telah mencabul beberapa prinsip asas demokrasi supaya kemenangan dalam pilihanraya sentiasa berpihak kepada mereka.

Perhimpunan BERSIH yang sedang hangat diperkatakan, bakal diadakan pada
9 Julai 2011 (Sabtu) jam 2.00 petang telah menyenaraikan 8 tuntutan kepada parti yang memerintah Malaysia (BN), sebagai langkah untuk memurnikan demokrasi di negara ini. Apa tuntutan BERSIH ? Ada 8 perkara :

  1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
  2. MENREFORMASI UNDI POS
  3. GUNA DAKWAT KEKAL
  4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Kalau diperhatikan, lapan tuntutan yang dibuat oleh BERSIH itu memang sangat wajar demi memulihkan kemurnian demokrasi di negara kita ini..

Tidak ada sebab BERSIH ditakrifkan perhimpunan haram,semata-mata tuntutannya dikatakan menggangu-gugat kuasa kerajaan sedia ada. Lapan tuntutan itu tidak sama sekali akan menyusahkan rakyat jelata, malah akan memberi banyak kebaikan kepada mereka.Tuntutan 8 perkara ini adalah tuntutan asas demokrasi yang menjadi kehendak semua rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik, kaum dan agama.



Kami percaya, perhimpunan BERSIH ini bukan sahaja mendorong orang Melayu untuk menyertainya, tetapi pasti akan disertai juga oleh orang Cina, India dan lain-lain kaum. Kerana ini bukan merupakan tuntutan bagi faedah satu-satu kaum, tetapi adalah tuntutan yang sejagat, tuntutan fitrah manusia.





Ulasan

CHE ROSSLI berkata…
Kita jumpa di himpunan bersih

JOm Membaca
insan_marhaen berkata…
InsyaALLAH..Hubby dan anak2 buah akan berkumpul di wana...
Unknown berkata…
hurm,, mcm2 dnie. . .
Liza @ Adzriel AB berkata…
font 8 tuntutan tak dpt nak baca. mungkin tukar jenis arial ok kot. felda mana ni? saya pun anak felda juga.
insan_marhaen berkata…
Terima kasih Liza atas makluman..Dah tukar arial..harap2 boleh dibaca slps ini.. saya anak peneroka Jengka jg..Liza jengka 16, saya pula Jengka 13...Anak jengka bertemu di blog.. :-D

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...