Selamat Kembali
Alhamdulillah setelah dipanggil menjadi Dhuyuf Al-Rahman, kami akhirnya selamat sampai ke tanahair pada petang 13 Jun 2011 bertepatan pada pukul 2.55 petang... Sangat bersyukur atas rezeki yang dikurnia oleh Sang Khaliq pada kami sekeluarga..Pengalaman yang sungguh berharga apabila pergi bersama suami dan anak-anak yang dikasihi...Syukur pada Allah kerana segala urusan dipermudahkan..Terima kasih pada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa ikhlas mendoakan segala kebaikan untuk kami..Mudah-mudahan selepas ini giliran kalian pula untuk menerima jemputan Yang Maha Agung..InsyaAllah ada masa, ingin rasanya untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat blog dan pembaca yang sudi mengintai ke blog saya ini...
Ulasan