Asal Usul Kejadian Api di Dunia




Gambar sekadar hiasan


Bagaimanakah asal kejadian api di dunia???? Diriwayatkan Rasulullah pernah menceritakan tentang asalnya kejadian api di dunia.Ketika Adam dicampakkan ke dunia, maka ALLAH swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil sedikit api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam.Jibril diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada Malaikat penjaga api neraka iaitu Malaikat Zabaniah.Inilah antara dialog mereka berdua.

Jibril : Wahai Zabaniah,aku diperintahkan oleh ALLAH untuk mengambil sedikit api neraka bagi dihantar ke dunia untuk kegunaan Adam di sana.

Zabaniah : Baiklah, sebanyak mana sedikit itu wahai Jibril?

Jibril : Berilah sebesar buah kurma...

Zabaniah : Ohh tidak..Kalau sebesar buah kurma api neraka itu yang engku bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril : Kalau begitu berilah kepadaku sebesar separuh dari buah kurma.

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu tumbuhan pun akan tumbuh di bumi nanti..

Maka Jibril menjadi buntu untuk meminta sebesar mana api yang mesti dipinta.Dia pun lalu mengadap ALLAH untuk mengetahui sendiri saiz api yang perlu di hantar ke dunia.

ALLAH swt lalu memerintahkan supaya Jibril mengambil hanya sebesar zarah yakni sebesar atom yang tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar.Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah itu dari malaikat Zabaniah tetapi oleh kerana terlalu panas , api neraka itu terpaksa pula disejukkan dengan mencelupkannya di dalam 70 buah sungai di syurga dan di setiap sungai itu pula direndam sebanyak 70 kali.

Selepas itu barulah Jibril membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan mencair. Bimbangkan dunia ini akan lebur maka segeralah Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantanrnya semula ke neraka. Sisa-sisa api itulah yang terdapat di dunia ini seperti yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan bahkan termasuklah api dari gunung berapi.

Bayangkan kepanasan api neraka yang sebesar zarah itu terpaksa disejukkan di dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 kali celupan di setiap sungai, dan sisanya sahaja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya.Bagaimana pula dengan api di neraka itu sendiri?

Bolehkah amalan kita yang sedikit ini dapat menyejukkan api di sana?Apatah lagi bukan amalan baik yang kita lakukan sebaliknya amalan keji dan hina pula yang kita kumpulkan...Nauzubillah..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...