Sedikit Ujian Selepas Kesenangan yang Banyak..Syukur Ya Aziz..


Sepanjang minggu ini sistem badan kami anak beranak masih lagi belum stabil dengan suasana di sini...Putera sulong saya, Along telah dua hari demam dan muntah-muntah..Alhamdulillah..kerana semasa di tanah suci Allah beri kami kesihatan yang baik...Tak mengapalah demam setelah balik dari mengerjakan umrah..Telah banyak Allah beri kemudahan dan kesenangan kepada kami sewaktu di sana, jadi redhalah dengan ujian yang sedikit di bumi sendiri...Alhamdulillah juga Ainul Mardhiah puteri saya sihat sepanjang di sana dan pulang ke tanah air...

Waktu tidur masih lagi tidak menentu...Pukul 12 tengah malam waktu Malaysia mata masing-masing cerah...Yang susah hatinya berada di tempat kerja, bila waktu tengah hari kelopak mata saya bagaikan melekat tak boleh dibuka...Along dan Ain seminggu ni memang tak jejak kaki ke sekolah....

Harap-harap kedatangan minggu baru nanti, Along kembali segar dan anak-anak saya akan bertemu semula dengan sekolah, guru-guru dan rakan-rakan mereka....Saya juga akan kembali seperti sediakala, segar ketika bertugas tanpa ada rasa mengantuk yang luar biasa datang mengetuk kelopak mata..Semoga Allah permudahkan kami lagi dalam apa jua perkara kebaikan yang ingin kami laksanakan...Allah huakbar..Syukur Ya Rahman...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...