Politik Islam : Belajar Dari Dua Umar



Kenyangkan Perut Rakyat

Umar memerintahkan kedua-dua utusan Utbah bin Furqad (gabenor Azerbaijan) supaya membawa kembali (habish) makanan ke negerinya sambil menulis surat kepada gabenor.

.......... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.”

Kisah ini memberikan pengajaran yang teramat berharga bagi umat Islam, khususnya pemimpin. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum dirinya sendiri. Umar pernah menyatakan “Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang.”

Seperti disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., pemimpin adalah pengembala (raai). Hassan al-Basri, seorang ulama zuhud, pernah berkata kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, “Pemimpin yang adil laksana seorang pengembala yang mengasihi haiwan gembalaannya. Dia membawa gembalaannya ke tengah padang rumput yang luas dan subur. Dia menjaganya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan.

Perkara lain boleh diambil dari sikap Umar adalah larangan mengampu orang atasan. Tentu tidak ada niat buruk dalam benak Gabenor Azerbaijan, Utbah bin Furqad untuk mengampu ketuanya. Dia hanya ingin menyenangkan hati khalifah. Tapi, Umar bin Khattab tidak menginginkan hal itu. Dia bukan tidak mahu dihargai, tetapi dia lebih mementingkan rakyatnya.

Ironisnya, sikap pemimpin hari ini sebaliknya. Mereka lebih banyak berfikir bagaimana menyenangkan ketuanya berbanding memikirkan orang-orang bawahannya. Cari muka, mengampu dan sikap ABS (asalkan Bapak Senang) dan ABIS (Asal Bapak – Ibu Senang) menjadi gaya hidup pemimpin masa kini. Mereka tidak peduli walaupun harus mengorbankan kepentingan rakyat. Bahkan mereka tidak memikirkan siapa ketua yang mereka ampu.

Jika terpilih, kredibiliti dan profesionalisme diabaikan. Nepotisme kian merebak.

Diperlukan pemimpin yang adil dan bebas untuk membebaskan umat daripada ketinggalan. Tanpa pemimpin yang adil dan bertimbang rasa, kita tidak dapat berharap rakyat akan hidup sejahtera.


Umar Bin Abdul Aziz pula adalah khalifah ke-8 Bani Umaiyyah.

“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir menikmatinya” ujar Umar.

Inilah yang menjelaskan mengapa kedua-dua Umar sama ada Umar Bin Abdul Aziz dan Umar Bin Khattab tidak pernah mahu dikawal. Mereka tidak memerlukan pengawal kerana merasakan diri mereka selamat. Mereka terbiasa berkeliling di tengah gelapnya malam. Mereka juga biasa berbaring di tempat umum. Tidak ada rasa takut dan khuatir dalam diri mereka.

Penyebabnya: Mereka berlaku adil, bersih, dekat dengan rakyat, maka rakyat mencintai mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...