~✿CINTA SELEPAS NIKAH (1)..✿~
yang menjalani proses CINTA SELEPAS NIKAH ….
CINTA SELEPAS NIKAH berkait rapat dengan perkahwinan ibubapa dan zaman datuk nenek kita dahulu..
Bertemu jodoh bukan atas dasar cinta,
sebaliknya diaturkan oleh orang tua mereka..
Saya dan suami antara pasangan yang berCINTA SELEPAS NIKAH.
Walaupun jodoh kami bukanlah diatur oleh keluarga…tetapi saya memilih suami setelah mendapat PETUNJUK Allah…
Sebetulnya didikan mak dan abah
menjadikan saya begitu menjaga batas-batas dan adab pergaulan antara lelaki dan wanita..
Punya abah yang tidak berkompromi dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan,
menjadikan saya begitu 'kecut perut'.
Lebih-lebih lagi abah adalah seorang yang sering menjadi rujukan penduduk setempat dan dihormati..
MenJadikan saya sangat berhati-hati dan begitu menjaga nama baik kedua orang tua …
Selalu saya ingatkan diri ..walau sejauh mana saya pergi…
saya tetap membawa nama mak dan abah …
Dalam tempoh bertunang selama 6 bulan pun kami tidak mengambil kesempatan untuk bertemujanji seperti pasangan lain ...
Agak lucu..Ada dikalangan rakan sekerja tidak tahu kami berdua bertunang..,
jika berselisih jalan di tempat kerja saya tidak akan menyapa suami..
cukup sekadar melontarkan senyuman ...
itu pun kalau saya sudi mengerling memandang suami pada waktu itu…
Di saat-saat majlis perkahwinan saya semakin hampir,
Kami keluar juga 2,3 kali untuk urusan pernikahan di Pejabat Agama..
itu pun ditemani anak saudara saya…
Bersyukur rasanya kerana zaman remaja saya ,saya ‘dikurung’ oleh arwah abah… Sayangnya.., abah tak berkesempatan mewalikan saya di hari pernikahan kami.. Abah 'pergi' 4 bulan sebelum saya diijabkabulkan .
Saya dan adik beradik tidak bebas untuk keluar rumah sesuka hati.. Andai saya gadis yang lepas laku dahulu.., sungguh kasihan kepada suami yang menikahi saya…. Bayangkan saat dia memegang tangan saya dihari perkahwinan kami, tentu dia bukan lelaki pertama yang memegang tangan ini…. Sedih ye.. suami sendiri hanya dapat ‘lebih-lebih’ orang ..
Ya ALLAH, Sekiranya suamiku pilihanMU di ARASH...
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
Sekiranya suamiku ini adalah BIDADARA untuk ku di JANNAHMU...
limpahkan lah aku dengan sifat TUNDUK dan TAWADUK akan segala perintahnya...
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniamu...
Perliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.....
PERLUKAH KITA BERCINTA UNTUK MENGENAL PASANGAN…???
Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan mustahil cinta bertandang,Tanpa percintaan mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,Dalam islam ada TAARUF dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan Mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘takruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan, Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan..
Cinta Al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah Batasan-NYA tidak boleh dipermainkan....
Jika membawa anak-anak berjalan ke bandar di hujung minggu, saya seakan mahu menutup mata mereka daripada memandang gelagat pasangan yang SAKAN bercinta….Malu pada anak-anak…Anak-anak pula bukan jenis sekadar memandang, pasti ada persoalan yang akan ditimbulkan…Jenuh pula abah dan ummi menyediakan jawapan terbaik untuk memberi pemahaman kepada putera –puteri saya..
Melihat remaja hari ini yang begitu bebas berpegangan, berpelukan di khalayak tanpa ada rasa malu..hati jadi cuak dengan keadaan itu….Di belakang kita bagaimana agaknya…
Adik-adik .., anak-anak..,
~MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA~
~::Cinta Selepas Nikah::~
Cinta yang berlaku setelah ijab dan Kabul….
Cinta selepas kahwin…
cinta yang bermaruah..
Inilah kemuliaan agama Islam..
Apabila Islam melarang sesuatu perkara tentu ada sebab dan
hikmah disebaliknya….
Dan Islam akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik
..INSYAALLAH..
Wahai gadis-gadis, jagalah maruah dan perilaku anda sebagai puteri-puteri Islam.. Jangan sesekali mudah terpedaya dengan pujukan dan janji-janji lelaki durjana... Sesungguhnya masih ramai lelaki beriman yang boleh dijadikan BIDADARA hati... Kasihani diri, keluarga dan bakal suami kamu..jangan biar maruah diri tercalar dalam dakapan dan pelukan lelaki bernafsu buas..., supaya nanti, suami kamu tidak menerima 'bekas-bekas' orang... Dan kalian bukan 'lebih-lebih' orang...
PAUTAN ::~
Ulasan