n3 Merungkai Persoalan...
Ramai kengkawan yang inginkan kepastian, bonggol apakah sebenarnya yang terdapat di atas Kubah Masjid Nabawi seperti dalam n3 saya di SINI ..
Saya menbuat sedikit penyelidikan berkaitan perkara itu... Dan inilah hasil yang saya temui untuk dikongsi bersama...Sumbernya saya dapati di SINI
Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi
"Janganlah kita menjaja lagi pendapat-pendapat yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita-cerita masyarakat di persekitaran Madinah Al-Munawwarah.
Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela atau pun tutupan kubah yang akan dibuka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri air akan masuk dikala hujan yang nanti akan menyebabkan berlaku kerosakkan bahagian dalam makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w, maka akhirnya ia ditutup. Jadi, cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah TIDAK BENAR kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi kubah Masjid An-Nabawi."
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
Lama tak singgah sini...
thanks for info.....
akak nak resepi pavlova??hehe..malu saya, nanti saya bagi ye