Seri Pengantin..

Assalamualaikum....

Cuti sekolah masih bersisa lebih kurang 2 minggu lagi... Masih ada masa waktu untuk membawa keluarga bercuti bersama-sama bagi yang masih belum berpeluang melakukannya...
Saya ingin perkenalkan lokasi yang sering saya , keluarga dan adik beradik kunjungi...
Janda Baik...Sebuah lokasi percutian yang sangat menarik untuk percutian keluarga...

Antara resort yang pernah saya bermalam ialah di Seri Pengantin...
Seri Pengantin Resort terletak di tengah-tengah Janda Baik,  terletak 45 km dari pusat bandar.

SERI PENGANTIN RESORT
Janda Baik, 686, Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik ,
28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Papan tanda di  pintu masuk dan pemandangan di ruang  hadapan resort berkenaan...
Setiap bilik ada bakoni yang mengadap sebuah kolam..Sangat2 kampung...Memang seronok..


Persekitarannya di Seri Pegantin dapat menenangkan  jiwa  dengan kehijauan hutan.Merupakan kawasan perbukitan dan tanah tinggi yang sejuk, mendamaikan dan indah . Boleh dijadikan destinasi percutian yang menarik  untuk melarikan diri daripada kesibukan hiruk pikuk kota.


Suasana kampung di pinggir sungai dan tanaman hiasan yang menarik.. Sesuai bersantai dan beristirehat bersama keluarga..Sungai yang cetek sesuai untuk anak2 kecil mandi manda.

Suasana petang di kawasan resort..

Selain sungai terdapat juga kolam renang untuk penghuni di sini..

Boleh baca ulasan oleh mereka yang pernah menginap di SINI

Selain Seri Pengantin...banyak lagi resort yang menarik boleh disewa...Antara yang pernah saya huni di D'Ark Resort...Istimewa resort2 di sini , kebiasaannya mempunyai kawasan anak2 sungai yang jernih..Sungai2 yang ada di sekitar Janda Baik ini sesuai untuk anak2 kecil mandi manda kerana ianya tidak sedalam mana..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Chic Na berkata…
laa nama resort ke? huhu.. best je macam tenang je tempatnya.
boni kacak berkata…
uish..best gila... macam nak kena pergi je sini...
Aisy Nasiha berkata…
Nama resortnya pun dah menarik ni.. Mesti seronok akak bercuti kat sana tu.. Sejuk mata mandang pemandangan alam yg segar dan nyaman kat sana..
Unknown berkata…
best juga ni bawa anak2 berjalan..tp sgt bz lak skrg ni.
mmg best kat janda baik nikan kak,sg pun cantik
Unknown berkata…
nampak menarik sangat......
insyaAllah tahun depan mungkin ada xtvt kat janda baik...tapi dieorg nak pi tanah aina....
Si Matatajam berkata…
Suasana yg menenangkan la kat resort tu
TiranaAduka berkata…
nice la..suka tengok
damai n tenang jer tgk tempat tu
Ira berkata…
xpenah pegi lg.. blh la plan jalan2 g sini.. cantik tempatnya..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...