Eh....Geli Tak...?

 Assalamualaikum...

Hari ni kita 'borak-borak'  pasal ular nak..? Hokeh....! Ramai di kalangan kita terutama hawa yang geli kat makhluk di bawah ni kan..Saya pernah punya seorang kawan..yang tak mampu memandang gambar ular ..kerana tahap kegelian yang sangat2 tinggi..:).. Kita tengok serba sedikit info tentang encik ular ni ye..

Ular merupakan reptilia maging yang panjang dan tidak berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata, ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindan. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat lincah. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar saki di sebelah kloaka.

Terdapat ular yang memiliki bisa yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk atau kematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati. SUMBER

 tample viper.. 

Nampak tak kat atas tu...Bukan main seronok lagi dia berlengko.. :)
Namanya  tample viper.. Panjang maksima  tample viper boleh menjangkau sehingga 100cm
  tample viper  berbisa dan berbahaya..
- populasi : Sumatera

whip snake..   

Ular pucuk berwarna hijau dikenali whip snake..    
Bentuknya panjang dan amat ramping ..Ia sejenis ular berbisa lemah yang tidak berbahaya. Terkadang ada pula yang berwarna coklat kekuningan, krim atau agak keputih-putihan, terutama pada ular yang masih muda. Panjang tubuh keseluruhan saat dewasa boleh mencapai 2 m, tapi kebanyakan yang ditemui panjangnya sekitar 1,5 m dan lebih dari sepertiganya adalah bahagian ekornya yang kurus.

 
red tailed ratsnake.. 

Yang ini pula dikenali dengan nama red tailed ratsnake..
Tubuh berwarna hijau dari kepala batas ekor, hujung ekornya berwarna perak abu – abu
- Ekor berwarna abu - abu
Bentuk Kepalanya pula oval dan Matanya horizontal.
Panjang badannya menjangkau 2500 mm
Habitat red tailed ratsnake di atas Pepohonan.
- Aktiviti : Diurnal, siang hari
Makanan kegemaran red tailed ratsnake  ialah Katak, tikus, burung, telur
- Populasi : Sumatera, Jawa, Kalimantan
 
Apa hal pulak hari ni bercerita pasai ular...? 
Bukan apa la...masa tengah belek gambar2 instagram saya tadi terpandang gambar ni..
Tu yang rasa nak berkongsi info tentang makhluk Allah yang satu ni...
Hebatnya ALLAH kan... Kalau dilihat ia seperti haiwan yang lemah tanpa kaki..bergerak perlahan, melentok liuk..Tapi Allah beri pula kelebihan lain... Air bisa yang mampu membunuh manusia dan makhluk lain..juga dengan IZIN-NYA..

Gambar2 di atas tu saya snap sewaktu melawat Taman Rama-rama masa di Tanah Tinggi Cameron hari tu...Walaupun ular2 ni berada dalam cermin tapi terasa juga geli nak tenung lama2...Cepat2 snap dan terus blah..hehe.. Tak sangka pulak ada yang pandai bergaya depan kamera..Ha, bukan main tinggi lagi red tailed ratsnake tu berdiri
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Unknown berkata…
subject jom kenali ular.... best!!!!
thanks for the info......
menarik utk dibaca.....
Aisy Nasiha berkata…
Geli...saya memang tak boleh tengok binatang ni lama-lama nanti nak tidur malam akan payah nak tidur sebab terbayang...eei...
masa dulu penah nak tengok citer Snake on Plane, ke apa tah tajuk dia.. masa keluar je binatang ni saya kan tutup mata, tapi semat juga tengok sampai habis..
yan's cottage berkata…
geli...tapi teringin nak pegang dengan tangan sendiri.....belum berjaya lagi he hee...
Unknown berkata…
geli dan takut dgn takut dgn ular nih
ejulz berkata…
x reti nak pegang ular.. hehe
Unknown berkata…
masa zaman saya sekolah dulu-dulu, kalau musim banjir.. ada dua ekor ular akan naik duduk atas pokok, kata orang tua2 ular penanda aras air.. saya memang takut
Si Matatajam berkata…
Cepat2 ja M scroll ke bawah ni..geli x mau tgk ulaq
Chic Na berkata…
memang geli kak. meremang je tengok gambar. belum yg betul2. huhu..
Tie HT berkata…
biasanya saya jumpa ular hitam tu..tedung senduk..dah lali dah kadang tu..alhamdulillah, biasanya kalau terserempak ular tu tegur saya dulu..kalo tak tak tau lah..huhu
TiranaAduka berkata…
saya geli kalau kena geletek.hehe
eeeeiiii maunya xgeli kak oi
Ira berkata…
geli geleman saya tgk gmbr ular2 tu. eeii..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...