n3 Merungkai Persoalan...

Assalam....

Ramai kengkawan yang inginkan kepastian, bonggol apakah sebenarnya yang terdapat di atas Kubah Masjid Nabawi seperti dalam n3 saya di SINI ..

Saya menbuat sedikit penyelidikan  berkaitan perkara itu... Dan inilah hasil yang saya temui untuk dikongsi bersama...Sumbernya saya dapati di SINI

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi

"Janganlah kita menjaja lagi pendapat-pendapat yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita-cerita masyarakat di persekitaran Madinah Al-Munawwarah.

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela atau pun tutupan kubah yang akan dibuka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri air akan masuk dikala hujan yang nanti akan menyebabkan berlaku kerosakkan bahagian dalam makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w, maka akhirnya ia ditutup. Jadi, cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah TIDAK BENAR kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi kubah Masjid An-Nabawi."
Semoga ianya dapat menghilangkan keraguan dan tanda tanya kita kepada persoalan berikut..Walaupun sebenarnya masih ada yang mengatakan  bonggol itu adalah kubur walau telah diberi penjelasan... Wallahualam...
 

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Ruse Sulaiman berkata…
Salam. Diam tu lebih baik. Kerana tahu dan tidak tahu tidak mendtgkan apa2. Manusia mmg suka bergosip ;)

Lama tak singgah sini...
Chic Na berkata…
ooo.. dah terjawab persoalan tu. tq share info kak. ;)
Unknown berkata…
oh begitu rupanya. barutahu.
Ira berkata…
tq share info.
Unknown berkata…
mekasih.... jelas keterangannya...
thanks for info.....
Suraya Baharun berkata…
info yang sangat menarik..
LydSunshine berkata…
Astagfirullah. C Jai, selama ni saya percaya yang bongkah tu adalah jenazah org yg nak mencuri. Terima kaish C Jai sebab menjelaskan perkara yg sebenar. Yang bahyenya bukan apa. Takut kang saya pegi cerita kat org dengan confidentnya fakta yang salah tu.
syiela berkata…
thanks sebab sudi merungkai persoalan
Unknown berkata…
oh..jendela rupanya,tq kak share info..

akak nak resepi pavlova??hehe..malu saya, nanti saya bagi ye
Si Matatajam berkata…
M ada gak terbaca pasal ni..ada pihak sengaja reka cerita..hu hu
Aisy Nasiha berkata…
Bertambah pengetahuan.. Bagus akak buat entry macam ni.
dieyna berkata…
Khabar yg tak betul n berbaur mistik mmg cpt org percaya kak... semoga pnjlsn akak ni mmbuka mata org yg percaya
QA's ~ mamapapa berkata…
owh..agaknya sbb rupanya mcm tu org igtkan itu kubur..wallahualam :)
TiranaAduka berkata…
thanks info..rajinnya sis c'jai.
Salina Mat Isa berkata…
Oh jendela rupanya..thanks for info..
alhamdulillah. semuanya dah terjawab :)
sal ya berkata…
saya ada baca jugak pasal ni. siapa la yang bua2 cerita tu ek.
nurul kalau boleh nak menjauhilah gossip2nie...n cerita2 yang tak betul semoga Allah melindungi telingaa

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...