Ada Pelangi selepas Badai..
Mindset ketika menghadapi ujian hidup:
1. Kenapa ujian seberat ini ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”
Al-Baqarah: 286
2. Rasa frust?
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,
jika kamu orang yang beriman.”
Al-Imran: 139
3. Bagaimana harus aku menghadapinya?
“dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat
dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang kusyuk.”
Al-Baqarah: 45
4. Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,
diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...”
Al-Taubah: 111
5. Tidak! Aku dah tak dapat bertahan!!
“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kufur”
Yusuf: 87
KembaraHati : Jangan hanya kerana kita tidak dapat memiliki apa yang kita inginkan, kita terus menyalahkan ALLAH... kerana ALLAH lebih tahu apa yang paling baik untuk kita miliki.. Terimalah dengan hati yang redha dengan ketentuan-NYA..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
kita kena redha...kuatkan semangat dan tingkatkan keimanan.....
semua yg berlaku pasti ada hikmahnya kan..itu pasti!
moga kita trs sabar dlm mghadai ujian Allah..yg penting tawakal kpd Allah :)
ujian dari Allah akan menguatkan lagi keimannan kita....sabar adalah kunci kebahagian....