Kasih dan Sayang Ku Tanpa Syarat Buat Kamu..

Assalamualaikum....

Rasa seperti begitu lama tidak menjengok ke blog kesayangan ni...Lama Tak menulis sebarang catatan...Lama Tak menyapa kawan-kawan....Terima kasih buat yang masih sudi menjengah ke sini tanpa syarat...

Banyak hal yang perlu diurusi...maka mengekang keinginan untuk berkongsi sesuatu...Bila dah lama tak menulis , saat berpeluang tapi mood menulis pula entah ke mana..Alhamdulillah, hari ni saya heretkan juga tangan ni untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci.....Cuba menyelesaikan catatan yang tertangguh di dalam draf tempoh hari..

Biarpun telah agak lewat ingin juga saya abadikan ucapan selamat ulang tahun yang ke 7 buat puteri kesayangan Ainul Mardhiah pada 11.12.2012 yang lalu.. Semoga anakanda saya membesar sebagai srikandi ISLAM....membina jati diri sebagai Mujahidah  sejati..lahir sebagai seorang Hafizah.. Inilah harapan ummi dan abah..Ain... Ya Allah tinggi benar ke harapan dan impian untuk sang puteriku ini...


 Oleh kerana Tarikh ulang tahun Ain dan sepupunya si Marsya berdekatan (9.12.2012)...Jadi Sanah Helwah untuk ke duanya.Mak Lang (gelaran sebelah suami) doakan Marsya jadi anak yang SOLEHAH dan berbakti pada agama..Insha Allah..


Ambil jg kesempatan menyelitkan potret ulang tahun along bulan Jun lalu..Maafkan ummi ..ummi tak berkesempatan mengabdikan kenangan ulang tahun along tempoh hari...apa pun doa ummi dan abah tetap sama sebagai mana doa yang disandarkan untuk Ain...Semoga dari rahim ummi ini terlahirnya anak2 yang sentiasa menegakkan kalimah TAUHID....dan cintakan SYAHID...
Sesungguhnya menyayangi kalian itu buat kami bahagia...
Ketahuilah kasih sayang kami tanpa syarat buat kamu anak2....
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Aisy Nasiha berkata…
selamat hari jadi buat ain, along dan sepupu...
semoga semua akan berjaya, sihat dan ceria selalu..
semoga tahun akan datang akan lebih menggembirakan buat semua..
are_lin@yu berkata…
selamat hari lahir buat puteri kesatangan akak ya..moga menjadi anak yg solehah dan bijak ya..amin
Mimie berkata…
selamat hari jadi buat mereka bertiga
Tie HT berkata…
selamat hari lahir untuk ainul..nama bidadari syurga, sweet sangat..

saya pun tk dpt nak bw banyak sbb line umts hujan2 gini..dpt komen 1 entry pun syukur alhamdulillah :)
Suraya Baharun berkata…
selamat hari lahir buat mereka...semoga menjadi insan kebanggaan ibu dan ayah...
Ira berkata…
selamat ulangtahun hari lahir buat anak2 akak & anak buah akak.
Semoga mereka menjadi anak yg soleh & solehah.
Rindu akak.. saya pn bz jgk lately ni. Baru berkesempatan menjenguk di sini. Hr tu menyapa diruangan shoutbox je. Hehe..
may Allah bless u dear...=)buat anak2 akk yang tercinta
Chic Na berkata…
sanah helwah utk semua.

mmg lama tak nampak updates dari akak. :)
wantie berkata…
selamat ulangtahun buat ain. semoga jadi anak yang solehah ye..
Tanpa Nama berkata…
moga jadi anak terbaik dunia & akhirat ye !
boni kacak berkata…
semoga mereka membesar dan menjadi seorang manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara.. amin
Unknown berkata…
salam kak..
selamat ulangtahun buat ainul,along dan sepupu
semoga segala doa akak utk anak2 akak akan dimakbulkan..amin
Unknown berkata…
selamat hari jadi buat merekea :)
Unknown berkata…
insyaAllah...semoga semuanya menjadi anak2 yg soleh nanti.... amin... selamat hari lahir dari uncle remy.....
Si Matatajam berkata…
Sanah Helwah buat kedua-duanya....
TiranaAduka berkata…
ta doakan semoga nenjadi insan yg baik.amin.

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...