Kasih dan Sayang Ku Tanpa Syarat Buat Kamu..
Assalamualaikum....
Banyak hal yang perlu diurusi...maka mengekang keinginan untuk berkongsi sesuatu...Bila dah lama tak menulis , saat berpeluang tapi mood menulis pula entah ke mana..Alhamdulillah, hari ni saya heretkan juga tangan ni untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci.....Cuba menyelesaikan catatan yang tertangguh di dalam draf tempoh hari..
Oleh kerana Tarikh ulang tahun Ain dan sepupunya si Marsya berdekatan (9.12.2012)...Jadi Sanah Helwah untuk ke duanya.Mak Lang (gelaran sebelah suami) doakan Marsya jadi anak yang SOLEHAH dan berbakti pada agama..Insha Allah..
Ambil jg kesempatan menyelitkan potret ulang tahun along bulan Jun lalu..Maafkan ummi ..ummi tak berkesempatan mengabdikan kenangan ulang tahun along tempoh hari...apa pun doa ummi dan abah tetap sama sebagai mana doa yang disandarkan untuk Ain...Semoga dari rahim ummi ini terlahirnya anak2 yang sentiasa menegakkan kalimah TAUHID....dan cintakan SYAHID...
Sesungguhnya menyayangi kalian itu buat kami bahagia...
Ketahuilah kasih sayang kami tanpa syarat buat kamu anak2....
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
semoga semua akan berjaya, sihat dan ceria selalu..
semoga tahun akan datang akan lebih menggembirakan buat semua..
saya pun tk dpt nak bw banyak sbb line umts hujan2 gini..dpt komen 1 entry pun syukur alhamdulillah :)
Semoga mereka menjadi anak yg soleh & solehah.
Rindu akak.. saya pn bz jgk lately ni. Baru berkesempatan menjenguk di sini. Hr tu menyapa diruangan shoutbox je. Hehe..
mmg lama tak nampak updates dari akak. :)
selamat ulangtahun buat ainul,along dan sepupu
semoga segala doa akak utk anak2 akak akan dimakbulkan..amin