Masyarakat Terlalu Berkompromi Dengan Si Pemakai Legging !



Dalam kesibukan muslimah2 di luar negara mempertahankan hijab mereka, wanita2 di Malaysia pula begitu rancak memperagakan tubuh badan ..
Tidak kira tua, tidak kira muda....
Timbul rasa malu pada kaum Adam....
Ini lah bahananya terlalu obses mengikut dan meniru fesyen Jahiliyah tanpa berfikir terlebih dahulu...



  • Makcik jual nasi lemak pakai legging.
  • Muslimah pakai legging bersama tudung.
  • Artis Melayu pakai tudung dalam TV.
  • Ibu dan anak perempuan sama-sama pakai legging pergi shopping.
  • Isteri pakai legging ketat di sebelah suami.
  • Gadis salun Muslimah pakai legging keluar masuk kedai.
  • Butik Muslimah pamer patung pakai tudung dan legging.
  • Beli juadah berbuka di bulan Ramadhan pun pakai legging ketat juga.
  • Adakah anda masih lagi boleh bertolak-ansur dengan fenomena ini ?
















Tidak semua orang 'makan' nasihat. Tidak semua anak murid 'makan' dengan cakap baik-baik si guru. Kadangkala, si guru perlu meninggi nada suara dan berkata sedikit kasar untuk menegur murid tertentu, kerana sesetengah murid akan mempermainkan teguran yang lembut-lembut dan melengah-lengah mematuhinya. Maksudnya, ramai wanita Islam pemakai legging di luar sana adalah kategori tidak peduli, degil dan obses fesyen. Adakah mereka akan kisah dengan nasihat-nasihat dilambakkan kepada mereka ? Jika nasihat baik-baik berkesan, kenapa trend ini semakin menjadi-jadi ? Kerana pihak sekeliling terlalu berlembut..

Kita jangan mudah terpedaya dengan alasan-alasan basi yang sering dilontarkan segelintir individu yang kononnya menggambarkan bahawa mereka setuju dengan kepentingan memelihara aurat, tetapi alasan-alasan tersebut adalah agar supaya masyarakat sekeliling menghalalkan pakaian-pakaian seksi untuk satu tempoh masa tertentu kononnya sebelum mereka benar-benar berubah.
  1. Pakai penuh tutup aurat belum tentu masuk syurga pun.
  2. Pakai legging, tetapi hati baik, OKlah tu..nobody's perfect..
  3. Pakai legging suka-suka sahaja...bila sampai masa nanti berubahlah..
  4. Tiada manusia yang sempurna...semua manusia lakukan kesilapan..
  5. Legging...? Biasalah fesyen orang muda..nanti bila tua insaflah..
  6. Legging..? Bukan tak mahu tutup aurat sepenuhnya...belum bersedia..nanti Insyaallah..
  7. Jangan kutuk orang pakai legging nanti dapat dosa...kamu itu baik sangatkah..?
  8. Pakai legging nak nampak cantik...biasalah perempuan suka berhias..
  9. Biasalah fesyen...lama-lama nanti hilanglah..
Ramai yang menyalahgunakan alasan-alasan di atas.

Tahukah anda, apabila wanita-wanita pemakai legging membaca post yang mengkritik pedas fesyen legging mereka, mereka ini akan terasa pedih di hati. Siapa makan cili dia rasa pedas. Mereka akan terasa bahawa legging yang dipakai mereka sangat dipandang keji oleh masyarakat. Akibat datangnya 1,2,3 komen yang secara 50% membantah trend legging dan secara 50% pula memenangkan @ mem"back-up" wanita-wanita pemakai legging, akhirnya mereka ini termotivasi semula dengan hidung yang kembang kerana menyedari ada pihak yang bertoleransi dengan mereka.


Ada perkara yang boleh ditoleransi dan diberi masa yang panjang untuk berubah. Tetapi, di dalam bab aurat wanita, perubahan haruslah secara drastik dan pemberhentian serta-merta. Maksudnya, seorang wanita Islam yang memakai legging wajib meninggallkan trend legging serta-merta setelah menerima dan mendengar teguran dari seseorang. Bukannya diberikan satu tempoh masa yang lama dan subjektif sebelum mereka benar-benar berubah. Ini seolah-olah mengizinkan mereka berseronok memakai legging sepuas-puasnya sehinggalah keiinginan menutup aurat sepenuhnya sampai. Bayangkan di dalam tempoh toleransi yang diberi masyarakat itu, betis dan peha mereka yang dibaluti legging ketat masih terus dapat dinikmati oleh mata-mata lelaki yang nakal. Lantas memberi peluang lelaki-lelaki yang melihat menambah dosa.

Jangan bertolak ansur pada trend legging di tempat awam. Ia adalah trend yang wajib dibantah dan ditolak 100% dan si pemakainya wajib menjauhinya secara serta-merta bukannya secara perlahan-lahan. Ini adalah soal maksiat dan dosa bukannya soal keseimbangan kecantikan kerana TABARRUJ (berhias-hias untuk menunjuk-nunjuk) itu sendiri sudah menjadi dosa.


Contoh-Contoh Kejahilan Fesyen Wanita Islam Di Malaysia



LEGGING itu:
  • -terlalu ketat hingga mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka
  • -tidak sopan dipakai di khalayak ramai
  • -menyalahi hukum pemakaian wanita Islam
  • -bedosa besar sama seperti membuka aurat
  • -memberi kesan 'fetish seksual' kepada nafsu lelaki
  • -alur betis dan peha yang nampak dari legging ketat merangsang nafsu lelaki
Tetapi, segelintir wanita Islam buat-buat tidak tahu sahaja. Mereka sudah tahu tidak elok di sisi agama, tetapi masih memakainya di tempat awam untuk tontonan orang ramai kerana mereka lebih mengutamakan fesyen dan untuk menunjuk kecantikan.
Erti kata lain, mereka sengaja buat-buat BODOH...


**Gambar-gambar di sini adalah dari hasil carian secara rambang di ruang internet untuk dijadikan contoh dan pengajaran. Maksudnya, setelah anda melihat fesyen legging yang ditunjukkan di sini, anda perlu segera meninggalkan trend legging jika anda mengamalkannya dan jangan sesekali memakai legging di tempat awam jika anda belum mencubanya.

Jika terdapat elemen 'seksi' dalam rekaan pakaian yang kononnya Fesyen Muslimah,
Maka..itu BUKAN pakaian Muslimah..

Pakaian Muslimah Sebenar...
Akan menutup aurat tubuh badan wanita Islam itu..
BUKAN sekadar membalut aurat itu..
Jika sekadar membalut dengan fabrik yang nipis dan ketat..
Maka, masih kelihatan jelas bentuk aurat wanita Islam itu..
Walaupun wanita itu mampu memberi alasan bahawa..
"Saya sudah tutup aurat saya..!"
Sedangkan lelaki-lelaki masih merenungnya dengan penuh nafsu..

Pakaian Muslimah Sebenar..
Sepatutnya akan merahsiakan unsur seksual pada tubuh wanita Islam..
Akhirnya, mampu menundukkan pandangan nafsu lelaki yang melihatnya..
Lantas akan membuatkan wanita Islam itu dimuliakan dan dihormati..


Ulasan

mama aryan berkata…
alhamdulillah setakat ni masih malu nak pakai mcm ni,harap2 terus diteguhkan iman..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...