Cikgu...Terima Kasih Cikgu...SELAMAT HARI GURU..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diamnya ada bijaksana...
Berbahagialah menjadi GURU.
Saban tahun 16 MEI pastinya dinantikan oleh warga pendidik dan para pelajar serta murid-murid sekolah. Sesungguhnya angka keramat ini telah dinobatkan sebagai Hari Guru seMalaysia setiap tahun... Tema hari guru 2011 adalah “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
Menjadi seorang cikgu tidaklah semudah yang dibayangkan. insan yang bergelar cikgu perlu banyak bersabar dalam melaksanakan amanahnya. Cikgu juga perlu mendidik dirinya supaya menjadi guru yang serba boleh...Perlukan banyak pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan perasaan..
Setiap kali ditanya tentang cita-cita oleh cikgu semasa saya dibangku sekolah, cita-cita saya tidak pernah berubah..Tentunya Guru... Hingga ada cikgu-cikgu di waktu itu memberitahu kami... "Awak tak payah la jadi cikgu, cari kerja lain"...Timbul juga rasa tidak puas hati dengan kata-kata itu....
20 tahun berlalu... Kini saya sangat memahami apa yang ingin disampaikan oleh cikgu saya ketika itu... Sesungguhnya menjadi guru bukan perkara enteng..Kebiasaannya , hanya guru yang memahami guru..
Namun, apa jua pekerjaan yang kita lakukan, lakukan dengan seikhlas hati.. Mudah-mudahan Allah menerima apa yang kita lakukan sebagai satu ibadah..
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan
rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa
dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini
dapat terus berbakti
Tersentuh hati tika mendengar lirik dan melodi lagu 'Biarku Menjadi Lilin'..Hati terkenang akan pengorbanan dan jasa guru-guru saya dahulu.. Penat lelah dan jerih payah mereka, mendidik dan mengajar, sehingga saya menjadi seperti hari ini.Terima kasih cikgu kerana telah mendidik saya menjadi manusia yang mengenal erti kehidupan dan perjuangan sebagai hamba Allah...
Doa saya kepada semua guru yang pernah berjasa, semoga mereka dilimpahkan rezeki dan diRahmati-Nya.Buat guru-guru yang telah 'pergi' saya kalungkan doa agar dilapangkan ,diterangkan , dan diluaskan kubur mereka sejauh mata memandang.Saya berbangga , sekarang menjadi penyambung perjuangan kalian mendidik anak bangsa dan seagama untuk terus berjaya.Ilmu yang bermanfaat yang diperolehi tempohari akan diwariskan untuk anak-anak didik saya.
Semoga saya boleh menjadi guru yang solehah, dapat membimbing dan mendidik anak bangsa hingga menjadi manusia yang berguna kepada agama dan keluarga mereka...dan membentuk mereka menjadi insan yang berkualiti....Kerana cikgu saya menjadi cikgu...
Ulasan