Metafora : Si Anak Gajah
Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang.Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri.Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat.Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri.Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko KEGAGALAN....
Setelah bertahun dalam keadaan itu, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut.Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. KENAPA ? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri.Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi.Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.
INILAH bahana hilang keyakinan diri.Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi.Khususnya buat umat islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin mundur.
PETUNJUK ORANG YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG TINGGI
1. Mampu melakukan kerja yang perlu dibuat walaupun tidak disukai.
2. Berdaya tahan dan berdaya saing.
3. Ada self-discipline, self-motivasion dan mampu melakukan self-censored.
4. Mampu meminta maaf jika bersalah dan memberi maaf jika dipinta.
5. Sanggup mengakui kesalahan diri dan memperbaiki.
6. Meraikan perbezaan tanpa mewujudkan suasana konflik.
7. Berani dan sanggup menanggung risiko.
PETUNJUK ORANG YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH
1. Tidak mampu melakukan kerja atau tugasan untuk mencapai kejayaan.
2. Mudah marah, melatah, mengamuk apabila diuji, diusik atau dipersalahkan.
3. Membuat kerja yang suka dibuatnya bukan kerja yang perlu dibuat.
4. Suka membebel dan merungut.
5. Menunggu peluang bukan mencari ruang.
6. Berubah kepada yang baik hanya apabila dipaksa, bukan dengan rela.
7. Emosi kurang rasional.
Ulasan