Mengapa Allah Pilih Nabi Isa Untuk Diturunkan Ketika Dunia Hampir Kiamat...


Sewaktu bersiap-siap untuk ke sekolah, suami sempat memanggil dan menggamit ke arah saya...
'Yang.., kuliah maghrib semalam cerita pasal Nabi Isa..."beritahu suami bersemangat..
"Apa kisahnya?"Saya menghampiri suami sambil menyarung tudung ketika menyiapkan diri untuk ke sekolah..Teruja dengan cerita yang bakal disampaikan.

Begitulah suami, biasanya selepas mendengar kuliah dari surau, pulang ke rumah dia akan sampaikan pula kepada saya...Cuma kali ini mungkin terlupa selepas pulang dari surau untuk bercerita..jadi pagi-pagi hari bila teringat terus tak sabar untuk disampaikan kepada isterinya ini..

"Malam tadi, ustaz ada tunjukkan gambar-gambar slide yang dikatakan tempat turunnya Nabi Isa , tempat keluarnya dajjal dan Yakjuj makjuj...."Saya semakin berminat untuk mendengar...Walaupun jam ketika itu menunujukkan sudah hampir ke 7 pagi...

Saya ringkaskan isi kuliah maghrib yang suami dengar dan disampaikan kepada saya.
Begini kisahnya.....Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal...Kenapa Allah memilih Nabi Isa..? Ustaz kata, Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalib... Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW...Oleh kerana mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat Muhammad..Maka doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan apabila hampir kiamat nanti...Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum berkahwin.Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40 tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.

Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab...Begitu kisahnya...

Semasa menunaikan ibadat haji Oktober 2010 dan ketika berziarah ke Madinah Disember 2010 saya berpeluang ke Raudhah.. Seorang mutawif memberitahu bahawa disebelah makam Umar ada satu ruang makam kosong..Ruang itu katanya disediakan untuk ditempatkan jenazah Nabi Isa kelak...Wallahualam...

Ya Allah...leka mendengar celoteh suami tak sedar jam sudah melewati angka 7 pagi..Saya bergegas bersalam-salaman dengan suami dan anak-anak..Aduhai, sebaik pintu dibuka Si Kitty saya pula meloloskan diri keluar rumah..Terpaksa saya mengambil masa kira-kira 5,6 minit pula untuk menangkapnya...

Penyudahnya 7.35 pagi baru saya tiba ke sekolah..Hehe....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Mohon share....Alhamdulillah dengan pengetahuan yang dsampaikan....Terimakasih
insan_marhaen berkata…
Ya silakan..kisah seperti mana yg diperdengarkan kpd sy..untuk lebih detail boleh bertanaya dengan ustaz2 yg lebih arif...
dr moyuma berkata…
Nabi isa as pernah berkahwin.. lihat ayat quran
dr moyuma berkata…
Nabi isa as pernah berkahwin.. lihat ayat quran

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...