Selamat 'Berangkat' Kak Lang...
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN..
Sebelum Jumaat, saya terima panggilan dari De...Esak tangis di hujung talian cukup membuat saya rasa takut...Makluman dari De, 'kak Lang sekarang nazak'..Itulah yang dimesejkan oleh Alang... Allahurobbi..... Menggigil tangan saya saat mencari nama2 di skrin telefon untuk saya sebarkan berita ini...Saya hubungi Ina , suami pula menghubungi telefon abang Teh... Kami tiga keluarga berpakat gerak selepas Jumaat dengan 2 buah kereta...Selepas Jumaat..seperti yang dirancang....
Sewaktu kami belum pun begitu jauh dari rumah..telefon saya berbunyi..Tertera nama De...cuak rasanya..Hati berdebar kencang... Terdengar lagi esak tangis de... 'Tam...kak lang dah takde'
Kata2 itu membuatkan saya terdiam tak berkata-kata...Hanya air mata saja yang meluncur laju..
'Tam....'
'tam....'
'tam...'
De memanggil2 saya ...Suara saya bagai tersekat dikerongkong...'Ye..aya dengar De..' dengan susah payah saya menjawab..
Kami kehilangan lagi untuk kesekian kalinya.... 'Selamat Berangkat' kak lang....pergi mu di hari penghulu segala hari... :(
Biar pun kak lang ipar kami, tapi kak lang seperti saudara kandung perempuan kami...Lebih 23 tahun kita menjadi keluarga ,kak lang memang seorang kakak dan adik ipar yang baik....
Moga Allah hapuskan dosa2 kak lang melalui keredhaan kak lang melawan penyakit kanser .. Bermula dari breast kanser...yang nampak seakan-akan hampir pulih dan kak lang semakin segar, tiba-tiba dalam masa sekejap ia berjangkit ke hati ... Kata doktor kak lang diserang virus kanser yang paling 'ganas'..
Itulah istilah yang digunakan oleh doktor..Ia terlalu cepat merebak di saat akhirnya..
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda... ♥Kak Lang...
Kak lang bukan lah saudara kandung saya, Ateh ,De dan Ina..Tapi kami sayang kak lang sama seperti saudara kandung kami...Kami tahu kak lang juga sayangkan kami seperti adik dan kakak kak lang sendiri...
Kak Lang..selepas ini kita dah tak akan dapat bercuti bersama-sama sambil menikmati ciptaa Ilahi...
Tak mungkin lagi sama2 ke pameran buku mencari buku2 yang bisa memberi manfaat untuk kita..
tak mungkin lagi sama2 mandi sungai di Janda Baik seperti dulu sambil bersilaturrahim......
dan tak mungkin lagi sama2 berkumpul dalam satu keluarga di Hari Keluarga yang biasa kita adakan...
Jika selepas ini kami berkumpul....kami akan berkumpul tanpa kak lang....dan kami akan bertahlil bukan saja untuk abah, emak dan saudara mara yang lain..tetapi untuk kak lang pula..
Banyak perkara yang ingin diluahkan tentang keluarga alang saya... Tapi buat masa ini saya belum mampu untuk mencatat...Hanya ini...secebis dari sebahagian kisah kami..
Moga kak lang ditempatkan bersama dengan mereka yang beriman dan beraamal soleh...
KembaraHati : Masih dalam mood berkabung..Sebak bila pandang wajah alang dan anak2..Tak dapat nak bayangkan hari2 seterusnya alang bila semua anak2 kembali semula ke Kuala lumpur..Nanti tentunya bila semua dah menyambung kembali pengajian dan tugas masing2 tentu alang dan Hasya (11 tahun) lebih rasa sunyi tanpa kak lang..
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
moga arwah kak lang ditempatkan di kalangan yg beriman
takziah untuk akak dan family kak lang moga roh kak lang di tempatkan bersama2 roh orang yang soleh..Amin