Arak Menjadi Cuka...

Assalamualaikum...

Diceritakan bahawa Umar bin Khatab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membata botol disorok di balik bajunya. Lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan Engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan Engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya.” Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka.”

Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat.” Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan…ternyata memang benar arak itu cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya keranat takut kepada makhluk sahaja, Allah lantas mengganti araknya kepada cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali dosanya, tentu Allah akan menerima taubatnya...


KembaraHati :  Mampukah kita menjadikan hari ini lebih baik dari semalam?
                         Adakah hari ini sama dengan hari semalam?.... atau...
                         Adakah hari ini lebih teruk dari semalam?

* Muhasabah diri sebelum hari ini berakhir. :)

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Unknown berkata…
kisah dan tauladam...sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan maha Kuasa...
Fiza Rahman berkata…
Mekasih atas perkongsian kak.
are_lin@yu berkata…
TELADAN YG SANGAT BAIK UTK KITA...
boni kacak berkata…
semoga kita mengambil kisah ni sebagai tauladan kita...
Unknown berkata…
tq berkongsi..like
Tie HT berkata…
satu keajaiban kan kak..Ya Allah besarnya rahmat Mu..
Chic Na berkata…
sesungguhnya Allah maha pengasih & maha penyayang kpd hambaNya.
Unknown berkata…
Kisah tauladan tak ramai yang tahu... TQ kongsi
Unknown berkata…
tq kak..berkongsi cerita yg menarik utk diambil sbg pengajaran
yan's cottage berkata…
cantik sangat kata2 tu...penuh makna yang mendalam...tq untuk info nie...
teladang yang baik utk kita semua..tengs sharing kak
Ira berkata…
semoga hari ini lebih baik dari semalam.. :)
TiranaAduka berkata…
terima kasih sis c'jai sudi kogsikan.

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...