AMARAN !!! Dilarang membaca artikel ini.
Kenapa tajuk dia 'dilarang membaca'?
Sebab saya memang tak nak korang baca artikel ni. saya beri amaran, Please jangan baca entri ini. Korang FAHAM? saya yakin korang faham dengan arahan ini. So, jangan baca artikel ini...
Eh, apasal korang baca lagi. Kan saya dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan anda. saya yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan saya ni. Senang je pun. saya bukan suruh buat benda haram pun. saya cuma nak korang berhenti membaca artikel ini. Itu je...
Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul saya. Sanggup korang langgar arahan saya ni. Benda simple pun tak boleh buat ke? saya cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak saya tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni?
Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? saya ulang. JANGAN BACA. Lagi sekali... JANGAN BACA ARTIKEL INI, BERHENTI SEKARANG. CUKUPLAH SAMPAI SINI...
MasyaAllah. Masih baca lagi. Tak pe lah. Nampaknya korang dah tak endahkan amaran dan arahan saya. Benda terakhir yang saya boleh buat adalah nasihatkan korang. Tolonglah ! Wahai pembaca sekalian, tolonglah berhenti membaca. Kenapa anda degil sangat? Saya merayu, BERHENTILAH sekarang... Hanya nasihat inilah yang saya boleh bagi sebagai jalan terakhir untuk halang korang daripada baca artikel ni. JANGANLAH BACA ARTIKEL NI. STOP !!!
Tengok tu. Baca lagi tu... Ish ish ish...
Kalau korang dah baca sampai sini, ketahuilah bahawa sesungguhnya korang ni memang pembaca yang degil. Sorry to say, tapi memang korang degil.
Nasib baik korang baca jugak sampai sini. Sebenarnya ada message disebalik tajuk (Dilarang Membaca Artikel Ini ) ". Gambaran tentang umat Islam zaman sekarang ni. Ramai Muslim di luar sana yang masih suka melanggar perintah Allah kan. Walaupun dah dilarang, mereka masih lagi melakukan perkara yang Allah larang. Contohnya, macam meninggalkan solat, minum arak, rasuah, riba.... Bukan hanya satu dalil yang melarang perbuatan tersebut, tapi banyak dalil dari Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak yang meyokong larang tersebut... Tapi, umat Islam memang degil...
Kalau anda perasan, ada lebih daripada sepuluh kali saya melarang korang membaca artikel ni. Tapi, korang baca jugak kan. Macam tu lah manusia. Dah dilarang banyak kali, dah dinasihat beribu kali, masih nak buat jugak. Semakin dilarang, semakin dibuat. Sifat ingin tahu itu baik untuk kemajuan diri kita, tapi jangan sampai sifat ingin tahu tersebut menjahanamkan diri kita...
Kepada pembaca sekalian... TAHNIAH saya ucapkan. Korang memang orang yang suka membaca. Bagusla tu, membaca jambatan ilmu. saya tahu korang tak bersalah. Lagipun, ada pengajaran yang hendak saya sampaikan... Cuma, kita perlu ingat, PATUHILAH perintah Allah dan RasulNya. Janganlah sesekali cuba mempertikaikan dan melanggar perintah Allah. Kelak buruk padanya. Nerakalah jawabnya.
Terima kasih bebanyak kerana sudi membaca walaupun dah dilarang. HAHA :D
KembaraHati : n3 AutoPublish....Saat ini berada di Kuantan..untuk menghadiri temuduga Along di sekolah MAAHAD TAHFIZ Tanjung Lumpur...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
tetap baca juga sampai abis..hehe
moga along berjaya dalam temuduga tu ye..in sha Allah
baca gak sampai abes.. lumrah manusia.. lagi dilarang, lagi laaa kite nk buat.. :)
insyaallah perintah ALLAH & RASUL kite x langgar..
semoga along berjaya dalam interview
yang di larang macam di suruh pulak kan
good luck untuk along :)
haih, saya dah pening dah tadi..nak benti ke nak baca..saya pun scroll down terus bc apa yg nak disampaikan..tak dinafikan mesej yang nak disampaikan..syukurlah baca sampai habih..alhamdulillah, tq 4 sharing :)
pe2 pun thanks utk entry ni... sy phm mksud disebaliknya :-)