Kisah Hajjaj bin Yusuf Dengan Tetamunya..


Klik dan dengar kisah di atas...Tak lama, 2 minit 43 saat je...

Hajjaj bin Yusuf at-Thaqafi
adalah seorang pemimpin kerajaan Umaiyah
yang terkenal dengan kezaliman ,
kejam dan ramai ulama-ulama yang mati di zaman pemerintahannya.
Namun disebalik kekejamannya beliau juga seorang yang memuliakan tetamu.
Diriwayatkan, beliau pernah menyuruh pembantu rumah/tenteranya untuk mencari seorang tetamu supaya boleh makan bersamanya. Lalu pembantu rumah/tenteranya menjemput seorang Arab Badwai masuk ke tempat Hajjaj.

Apabila sampai di bilik makan, orang Arab Badwi itu bertanya,
"Adakah kamu ini Hajjaj bin Yusuf?"

Hajjaj menjawab, "Ya "
Orang badwi itu bertanya lagi, "Mengapa kamu memanggil aku?"

Hajjaj menjawab, "Kamu menjadi tetamu aku pada hari ini"

Arab Badwi menjawab.."Aku tidak boleh makan kerana aku telah menjadi tetamu yang lebih tinggi daripada kamu"

"Siapakah dia yang lebih tinggi daripada aku ini?"

"Allah taala, sebabnya pada hari ini aku berpuasa dan aku menjadi tetamu Allah Ta'ala.Oleh yang demikian apabila sampai waktu berbuka barulah aku boleh makan"

"Bukankah hari ini hari yang sangat panas?"

"Aku berpuasa pada hari ini untuk hari yang lebih panas lagi daripada hari ini, iaitu Hari Kiamat"

"Tidakkah ada hadith yang memgatakan berbuka sehari dan berpuasa sehari? Berbukalah pada hari ini dan esok kamu boleh berpuasa pula"

"Baiklah, kalau aku berbuka pada hari ini, adakah kamu boleh memberi jaminan kepada aku bahawa aku dapat hidup sampai esok?"Hujjaj tidak menjawab pertanyaan tersebut.

Arab badwi tersebut telah menunjukkan keberaniannya di hadapan seorang pemimpin dan ketua yang terkenal sebagai seorang yang zalim.Beliau menzahirkan apa yang beliau yakini dan pegang, tanpa menunjukkan sedikit pun rasa takut.

Kita bagaimana?
Ketika berhadapan dengan manusia. Adakah kita berani menyatakan yang Haq dan menegah yang Batil....?
Sumber dari SINI

Akhir Kalam...
¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...