Indahnya Pelangi

Kejadian Alam ciptaan Ilahi
terlalu hebat di mata kita sebagai hamba yang begitu kerdil.
Pandang lah langit yang terbentang luas... tergantung tanpa tiang...
Di situ adanya awan, di situ juga turunnya hujan dan sesekali Pelangi turut menghadirkan diri..
Indah bukan..?


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun.Ia biasanya secara semula jadi dan boleh dilihat selepas turunnya hujan..
Mengikut urutan, warna pelangi ialah
merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.


Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara.






Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan .
Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera.
Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi.
Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah


Di atas ini adalah fenomena pelangi berkembar.




Penghujung pelangi...?
Perhatikan ke dua-dua gambar di atas..
Kelihatan pelangi tersebut berakhir di permukaan laut dan di atas jalan raya...


Ini pula kejadian pelangi awan yang telah dirakamkan oleh seorang Ahli Astronomi yang terbentuk di Gunung Everest.
Fenomena pelik ini jarang -jarang terjadi.
Dan ia berlaku disebabkan pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan..





Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan?
Surah ArRahman. Ayat 053.


Ulasan

misz uzmy berkata…
Pelangi keindahan Yang Sgt cantik .. subhanaAllah..
Unknown berkata…
pelangi mmg cantik...suka tgk pelangi...
insan_marhaen berkata…
Subhanallah..pelangi memang cantik...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...