Wanita Tua dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci





Kepada yang tidak suka ataupun yang sangat mengasihi kucing,
singgah sebentar di sini..Kita baca seketika kisah teladan di bawah ini..

...Ini Kisah seorang wanita tua yang menunaikan haji....

Wanita tua ini, semasa tawaf dan saie menggunakan kerusi roda kerana beliau sudah tua dan keuzuran..Lututnya pula lemah dan sentiasa sakit. Dia telah mengupah petugas Arab menolaknya untuk melakukan tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau hanya menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Disebabkan masalah kesihatan beliau tidak mampu melakukan ibadah sunat . Lagi pun wang yang dibawa hanya secukupnya sahaja.

Namun, ada satu amalan mulia yang dimiliki Muslimah ini. Wanita tua ini sangat mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.Salah satu Sunnah nabi yang diterapkan ke dalam dirinya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya terdapat banyak kucing. Dia juga memungut kucing yang dibuang orang. Lalu diberikan makan dan minum. Kucing-kucing itu juga dirawat dan dimandikan.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendek kata rumahnya menjadi pusat kucing kurap.


Maka terkenal lah rumahnya sebagai pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikianlah begitu kasihnya Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, kucing-kucing peliharaannya menjadi sangat manja, gemuk , sihat, serta dan cantik-cantik belaka berkat khidmatnya yang ikhlas itu.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, bersolat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul .

Jauh di lubuk hatinya beliau menyimpan hasrat untuk bertawaf sebanyak mungkin seperti mana orang yang sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badannya pula uzur. Namun begitu setiap kali usai solat fardu beliau sentiasa memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dalam keadaan bertongkat,
beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, tiba-tiba ia jatuh berkali-kali. Melihatkan keadaan itu , terbit perasaan belas kasihan wanita tua itu terhadap makhluk Allah yang kelihatan menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing tersebut, diurut tubuhnya yang lemah itu. Bukan itu sahaja, malah dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Ilahi, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. KeAjaiban ALLAH berlaku.. kaki dan lututnya yang sakit sebelum ini tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Alhamdulillah Muslimah itu tadi dapat bertawaf sebanyak-banyaknya. Tertunailah hajat yang terbuku di hati selama ini, berkat menolong seekor kucing yang berada di Makkah bumi suci itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu berada di lapangan terbang Jeddah, ketika hendak menaiki tangga pesawat , Muslimah itu tadi terkejut melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah tempoh hari.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing,
seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini,
lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.
Amin

WallahuA'lam

Sumber: FB yang telah disunting tanpa mengubah jalan ceritanya..

Ulasan

Unknown berkata…
Allah bagi ganjaran di dunia cash :)
Wardatul Syauqah berkata…
Allahuakhbar!
Allah bg terus apa yg kita nak :)
insan_marhaen berkata…
@Ini Kisah Tia, @Wardatul Syauqah...setiap kebaikan pasti Allah beri GANJARAN yang HEBAT... ;)
Jahirah berkata…
berkat keihklasan dan kasih sayang pada kucing tertunai hajat dia...banyak pengajaran dr cerita ni...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...