Aku..., Bagaikan Menuntun Tangan Emak..
Setengah jam sebelum azan zohor berkumandang dari corong menara Masjid Nabawi
kami sekeluarga telah bersiap untuk ke masjid..
Usai mengunci bilik , saya meminta suami menunggu seketika di hadapan lift..
Sambil melintasi bilik-bilik bersebelahan mata memandang
dan mencari-cari nombor bilik wanita Bangladesh yang saya temui pagi tadi.
Tiba-tiba mata tertumpu pada bilik yang kedudukan agak di hujung ..
"Inilah biliknya"
"Ada ke mak cik tu, sunyi je"
Saya bermonolog sendirian.
Meringan kan tangan lantas mengetuk pintu tersebut sambil memberi salam.
"Look, she's come..she's come"
terdengar suara dari dalam.
Sebaik pintu terbuka wanita tua dan anaknya menghampiri saya dengan wajah ceria.
"Thank youuuu..Thank youuuuuu...."
kata si ibu kegembiraan sambil memegang-megang tangan dan mengusap wajah saya..
Saya terharu melihat reaksi mereka.
"Saya dah cakap dia tentu akan datang"
"Lihat , dia dah datang"ujar si anak.
Begitulah perbualan mereka yang saya faham..
Rupa-rupanya wanita itu tidak yakin
saya akan mengotakan janji untuk membawanya bersama-sama ke masjid.
Saya memimpin wanita tua itu ke lift .
Anaknya melambai kami dengan wajahnya yang masih lagi tersenyum kelegaan di muka pintu.
Di hadapan lift saya perkenalkan suami dan anak-anak kepadanya..
Ucapan terima kasih tak terhingganya masih lagi belum surut pada kami sekeluarga.
sesekali dia menadah tangan ke langit seakan mendoakan kami.
Mungkin dia tidak menyangka yang saya benar-benar mengotakan kata..
Tangannya saya pimpin sepanjang berjalan menuju ke masjid ...
Melintas jalan , tangan saya dipegang kemas...
Menyebabkan ingatan pada emak menerjah tiba-tiba..
cukup menghadirkan rindu yang membuak pada emak ...
bergenang air mata waktu menuntun tangan ibu ini..
seperti kebiasaan saya berusaha menyembunyikan rasa sedih
yang menguak pintu hati.
Saya mungkin tak dapat memimpin tangan ibu sendiri
namun Allah gantikan dengan tangan seorang ibu juga,
untuk sama-sama berjalan dan melangkah menuju ke Masjid Nabawi..
Itulah yang saya harap dan bayangkan tiga bulan sebelum ini.
Allahurobbi...
cantiknya Allah aturkan perjalanan hidup ini..
Biar pun kesedihan kerana niat untuk bersama emak
ke tanah suci tidak termakbul,
Namun Allah tak pernah menzalimi perasaan saya..
Lantas Dia hiburkan hati ini...
sekurang-kurangnya perasaan ini merasakan
seolah-olah itu adalah tangan ibu saya sendiri..
Saya hampir menzahirkan tangisan di hadapan ibu ini , saat dia mengatakan...
' awak seperti anak saya juga'
dengan nada simpati sambil tangan menepuk lembut belakang saya
bila mana beliau mengetahui saya telah kehilangan seorang ibu tiga bulan sebelum ke sini.
Allahurobbi ...
Sekali lagi hati saya bergetar..
Allah Maha Mengetahui..
Tiba-tiba di hati saya seakan menjelma satu rasa ..
kePuasan .....
kerana tangan ini bisa menuntun ibu itu bersama-sama ke masjid..
bisa juga berbakti, mencarikan nya tempat untuk bersolat..
Sebagaimana yang akan saya lakukan sekiranya itu adalah ibu saya..
~♥♥ ummuainries ♥♥~

p/s: Selepas emak meninggal, saya sering bersedih
bila terkenangkan betapa terujanya beliau tatkala mengetahui
kami akan membawanya bersama ke Tanah Suci...
dia sering bertanya dan bercerita tentang umrah dengan adik ..
Hingga di hari-hari terakhirnya dia tetap juga begitu teruja untuk Menjadi TETAMUNYA..
Mana mungkin saya membuang rasa sedih setiap kali teringat kan itu..
keadaan diri saya ketika itu telah menerbitkan kerisauan di hati suami..
(buat suami..saya mohon seribu kemaafan kerana diri ini pernah menghadirkan rasa risau dihatimu)
Sehingga saya bermohon pada Ilahi
agar dipertemukan dengan seorang wanita yang seiras-iras ibu saya
ketika di Tanah suci nanti..untuk saya peluk bagi merungkaikan rasa rindu..
Mungkin inilah wanitanya walaupun tidak seiras..
Dan selepas membantunya hati saya begitu lapang mengerjakan ibadat umrah.
Ulasan