...Tiba-tiba Dia diHadirkan..
Telah dua hari kami sekeluarga berada di bumi Nabi...
Terik mentari pagi mula terasa membahang ke muka...
Biar pun ketika itu jam baru menunjukkan angka 9.00 pagi.
Sememangnya di bulan Jun ini bumi Madinah cuacanya agak panas.
Begitu rindu untuk mendengar kembali suara nyaring dalam loghat Indonesia...
Suara milik gadis-gadis dan wanita berniqab
yang bertugas untuk mengawal jemaah wanita..
"Masuk ibu..."
"Masuk ibuuuu.. Masuuuuuk...
Sambil tangan mereka ligat menunjukkan arah..
Beberapa kali pipi Ain di cubit manja oleh mereka..
"masyaALLAH...MasyaALLAH'
sambil mengusap lembut kepala puteri saya.
Selesai bersolat dhuha saya dan Ain duduk menunggu along dan abahnya
di dataran masjid di bawah tiang berpayung.
Kami memang berjanji untuk menunggu di sini jika siapa antara kami yang selesai dahulu. Telefon saya sengaja diberikan kepada suami
sebelum kami berpisah menuju ke pintu masjid tadi..
Bagi jemaah wanita peraturannya sedikit ketat untuk memasuki masjid.Telefon yang berkamera tidak dibenarkan..
Apatah lagi untuk membawa kamera...
Kami akan diperiksa sedetail mungkin di hadapan pintu masuk masjid.
Ketika ini suami dan along masih di dalam..Mungkin terus menuju ke Raudhah.. Jemaah lelaki agak mudah untuk ke sana, tidak seperti jemaah wanita perlu di bawa oleh mutawif atau diiring oleh Polis wanitanya secara berkumpulan dan mengikut giliran.. Dengan keadaan jemaah yang bersesak saya memutuskan untuk tidak ke sana pada hari pertama dan kedua kami tiba.Memandangkan saya bersama Ain maka saya pendam kan dulu hasrat yang berkobar ini.
ummi dan Ain sedang menunggu abah dan along
Sedang menunggu, Ain pula tiba-tiba ingin membuang air kecil...
Untuk ke tandas yang disediakan di luar masjid saya tak berani.Pelbagai cerita yang sampai ke telinga menyebabkan saya sedikit takut.
Sebenarnya saya bercadang ingin membawa Ain pulang ke hotel seketika.
Hotel kami dalam jarak 100 meter sahaja dari Masjid Nabawi.
Tetapi risau pula dalam tempoh kami ke hotel along dah abahnya keluar dari masjid
dan tercari-cari akan kelibat kami dua beranak ini .
Akhirnya saya nekad membawa Ain ke tandas di bilik dan akan kembali semula ke masjid setelah selesai.
Saya berharap suami tidak risau melihat saya dan Ain tidak ada di situ seperti selalu.
Di hotel...
Setelah selesai , saya mengheret Ain memasuki lift
kembali untuk menuju ke Masjid...
Sewaktu pintu lift hampir-hampir tertutup
secara mendadak dua orang wanita meluru untuk memasuki lift.
Mujur saya masih berkesempatan menekan butang <> ,
dan pintu kembali terbuka..Mereka berdua tersenyum memandang saya.Dari raut wajah mereka seperti Wanita bangladesh .Seorang masih muda dan seorang lagi telah berumur.
Tentu sahaja ibu dan anak.Saya meneka sendirian.
"Malizia..?"
"Malizia"
jawab saya sambil mengangguk..
Ketika ingin keluar dari lobi ,wanita muda itu mencuit saya..
Bertanyakan sama ada Waktu zohor nanti saya ke masjid atau pun tidak.
Rupa-rupanya dia ingin meminta bantuan saya
untuk membawa ibunya bersolat di masjid ...
kerana ketika itu dia keuzuran.. Saya bersetuju membantunya..
Berkali-kali pula mereka mengucapkan terima kasih pada saya..
Akhirnya setelah berjanji dan memberi nombor biliknya
kami berpamitan...
Risau pula saya,
kerana yakin suami dan along sedang menunggu kami saat ini..
Tentu mereka berdua menyangka saya masih di dalam.
Betul tekaan saya , suami dan along sudah agak lama menunggu.
Lantas saya memohon maaf kepada ke duanya.
Dalam perjalanan pulang saya bercerita kepada suami .
Sehabis berkisah, saya bertanya ,
"Boleh ke abang,kita tolong bawa makcik tu ke masjid zohor nanti"
"Boleh ... apa salahnya, benda baik" jawab suami sambil tersenyum.
' 'Terima kasih abang...'
luah saya, cuma sekadar dalam hati.
Saya sangat terkenangkan arwah emak waktu mata menatap wajah ibu tua tadi...
Niat untuk memijak bumi suci ini bersama emak tidak kesampaian...
Barangkali Allah memang sengaja menghantar wanita tua ini kepada saya.
Mungkin untuk memberi peluang saya berbakti kepadanya
sebagai menggantikan hasrat yang tak tercapai itu...
~Bersambung~
di Aku..., Bagaikan Menuntun Tangan Emak..
(Kenangan Dhuyuf Ar-Rahman-UMRAH)
4 Jun-20 Jun 2011

KLIK
Ulasan