Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Salam Kemerdekaan....31 Ogos.... Islamkan Sambutan Merdeka Raih Syurga Idaman.

Imej
... Inilah puncak Segala KEMERDEKAAN... ~ Sumber Kartun ~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Kisah Raya Kami : Raya Anak Beranak Saya

Imej
Tak habis lagi rupanya cerita pasal raya.... Sebelum ni saya ada menulis kisah kami beraya di rumah sendiri tahun ni, kat SINI ... 1 Syawal hari tu, Lepas solat sunat raya saya sekeluarga mula gerak ke rumah mertua.... Tidur semalaman di sana... Berkumpul beramai-ramai dengan ipar duai.. Maklumlah sesekali berkumpul penuh rumah dengan anak menantu dan cucu-cucu .. Hari raya ke dua beraya ke rumah jiran depan rumah mertua.. Lepas tu kami pergi ke Jengka 18 rumah Nenek Mas along... Nenek Mas ni dulu mengasuh along dari umur setahun hingga lah along berumur 6 tahun...Masa tu saya dengan en zauj mengajar di sana... Jadi walaupun dah berpindah dan menetap di Bandar Jengka, setiap tahun saya akan bawa along mengunjungi Nenek Mas nya... Selepas Zohor berpakat pulak dengan ipar2 untuk beraya ke Luit, Maran..Nak serbu rumah kakak en zauj saya..Dengar cerita buat laksa , tu yang masing-masing pakat nak terjah sana..:) Balik semula ke rumah mertua , hari telah pun hampir maghrib ...lepas solat ma...

Kisah Raya Kami : Al-Fatihah Untuk Ai'syah

Imej
Bergambar sebelum beraya ke rumah Pak Lang.. Menjelang raya, Along dan Ain lah yang paling gembira... Awal-awal lagi dah dapat duit raya daripada abah... Tapi kami pesan kalau beraya ke rumah orang jangan tunggu duit raya... Kalau tuan rumah bagi baru ambik, minta, jangan sekali-kali..! Saya tak mahu anak-anak terlalu fokus pada duit raya..Tak dapat tak apa, dapat alhamdulillah..itu rezeki..Tujuan beraya itu nak mengeratkan hubungan silaturrahim.. Rumah alang rumah pertama kami kunjungi... Selesai beraya dengan alang sekeluarga...Kami bertolak ke Sg Nerek , rumah mak mertua... Sebelum ke Nerek saya mengajak en zauj beraya dengan Bidadari Kecil kami terlebih dahulu... Kereta dipandu menuju ke Pusara Damai yang terletak di atas bukit di tepi lebuh.. Telah ada beberapa buah kereta seawal pagi itu.. Memasuki pagar Pusara Damai... ''Assalamualaikum Ya ahli Kubur..'' ''Assalamualaikum Ai'syah, anak ummi....'' ''Ummi datang ni..ummi datang dengan ...

Kisah Raya Kami : Mencari Kesederhanaan di 1 Syawal...

Imej
Baru berkesempatan nak berkongsi cerita tentang kisah raya saya sekeluarga... Beraya di rumah sendiri di pagi 1 Syawal...Memang benar-benar sederhana... tidak seperti kebiasaan 1 syawal sebelumnya juadah penuh terhidang.. Pagi itu kami menikmati juadah pagi lebaran seadanya sahaja... Petang di akhir ramadhan saya memasak rendang ayam organik..dan malamnya pula merebus sedikit ketupat segera...Sebelah petangnya en zauj ada membeli beberapa batang lemang dan seikat ketupat pulut..Inilah juadah kami.. Bukan tidak mahu beramai di pagi hari kemenangan untuk yang berpuasa, tetapi sekadar ingin merasai kesederhanaan di pagi Syawal.. Tanpa juadah yang berlebih-lebihan... Satu lagi, saya teringin nak bersolat sunat Aidil Fitri di masjid kejiranan saya kali ini.. Biasanya bila di kampung saya kerap tak berkesempatan, disebabkan ramai, selalu saja saya terlewat .., nak berebut bilik air lagi, sama2 menyediakan juadah untuk sarapan pagi, nak menyiapkan anak2 dan akhirnya saya'tercicir'.. P...

Soalan Buat HAWA, Jawapan Dari ADAM

Imej
Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue. Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous. Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo. Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW. *** Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan? Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia? Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga? Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nah...

Pon..Pon...! Kembali Bersiaran...

Imej
Kembali menjejaki rakan-rakan maya ....Setelah hampir seminggu meninggalkan 'laman blog syok sendiri' saya ni.. Harap sahabat2 yang lain tetap diberikan kesihatan yang baik..Maklum sajalah lemang dan ketupat barangkali mungkin masih bersisa dan belum dihadam sepenuhnya di dalam usus masing2... :) .. Moga2 takde yang demam disebabkan lemang yang terlalu banyak masuk ke dalam perut... Baru lepas puasa sebulan bimbang juga kalau2 ada yang 'balas dendam' makan di siang hari..Apa pun bersederhana dalam segala hal itu lebih baik..betul tak..? Atau mungkin juga ada dikalangan kita yang telah memulakan puasa enam.. Selamat Berpuasa pada yang telah memulakannya... Yang penting mudah-mudahan puasa 6 itu dapat 'menampal' puasa wajib yang barangkali 'rongak' dan 'cedera'.... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHAT...

Aurora ... Yang Indah..

Imej
Aurora .... Satu Fenomena cahaya terang di malam hari yang berlaku kebiasaanya di kawasan kutub.. Sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis.di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut.Fenomena cahaya Aurora terjadi disebabkan interaksi medan magnet dan parikel yang dipancarkan oleh matahari, ianya hanya terjadi di kutub utara dan selatan sahaja. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa. Walaubagaimanapun, Munculnya aurora tidak dapat diramalkan. Oleh kerana itu, aurora sangat sukar untuk dikajiselidik. Aurora muncul dalam bentuk melengkung, garis-garis lurus, atau berupa tabir cahaya di angkasa. Sejauh ini tidak pernah ada dua aurora ...

Hikmah 10 jari tangan dan kaki yang ada pada manusia

Imej
Telah beberapa hari membiarkan laman ini tanpa catatan baru... Nak kata beraya sakan tidak juga... Cuma tak berkesempatan mengadap lappy dan mood menulis belum kembali.. Jadi hari ni info yang ada ini pun saya copy paste dari FB... Jom Layaaaaan... ************************* Setiap manusia mempunyai 5 jari.... Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia. Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan.. Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. 1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlahdaripada rebungnya' Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. 2. Jari ke-2 iaitu jari mani...

Kita Kehilangannya..Ramadhan Pergi..

Imej
Adakah Ramadhan terbekas di hati, atau sekadar persinggahan semata-mata?? Ramadhan berakhir, saat pilu dan sedih akan kehilangannya. Kita hilang bulan pengampunan, bulan rahmat dan kasih sayang Allah. Kita mengharapkan dari amalan sedikit ini ialah rahmat dan kasih sayang Allah yang berpanjangan. Bahagialah sesiapa yang memperolehi dua perkara. Iatu terasa dekat dengan Allah, atau Allah dekat dengan kita. Sesiapa yang merasai ia dekat dengan Allah, maka diharap akan bertambahlah keredhaan Allah kepadanya, dan sesiapa yang merasai Allah dekat dengannya , maka akan bertambah takut ia terhadap Allah. Sesiapa yang ada dua sifat ini iaitu takut dan harap, nescaya Allah akan elakkan apa yang ia takut dan Allah akan kurniakan apa yang ia harap. InsyaAllah. Sahabat nabi menangis apabila ramadhan hampir tiba ke pengakhirannya. Bukan menangis sebab takmboh sambut hari raya,tapi cukup risau untuk meninggalkan Ramadhan pada tahun ini, takut-takut amalan yang dibuat selama sebulan ini ...

Info :Mengenali Jin

Imej
Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus Untuk Pengetahuan Kita Bersama.... 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalan...

'Kalau Orang Kita'....

Imej
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik. 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah...

Menghadapi Susah Hati

Imej
Fakta mengenai Susah Hati * Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam.Namu ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah. * Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula..? * Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan mencapai keuntungan. * Kita dimarahi ditempat kerja.Kita menjadi marah, kecewa dan putus asa. Adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik...? * Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin. Kita menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan.dengan bersusah hati, adakah kita akan menjadi kaya..? * Ada yang terkilan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh musuh. Sedarkan dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri. * Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajat dan ...

Eh, Tak Puasa ke...?

Imej
Semalam seawal pagi saya turun KL teman kan en zauj ambik stok Quran...Pergi awal mudah2an dapat balik awal...Bukan apa , maklumlah dah berada di 10 malam terakhir ni kalau boleh taknak sibukkan diri dengan hal2 lain sehingga tertinggal apa yang sepatutnya perlu di rebut... Tapi nak tak nak kena juga keluar daerah sebab Quran Digital sangat L A R I S di bulan Ramadhan ni.. Alhamdulillah .. Permintaan yang sangat luar biasa .. Lagi pun H A R G A P R O M O S I sempena Ramadhan... Ada lagi beberapa hari sebelum promosi Ramadhan berakhir... Try la tengok kat SINI kot2 ada yang berminat.. Sebenarnya nak kongsi cerita.... Masa dalam kereta, kalau tak silap saya masa tu area kat sungai Gombak kot ( sebab sebelum tu en zauj tunjuk..'tu sungai Gombak') .. Tetiba mata terpandang susuk tubuh seorang lelaki muda (remaja) berjalan kaki sambil tangan menyuap sesuatu ke dalam mulut..sekali..dua kali...dan berkali-kali... Kerana terkejut, saya spontan mencuit lengan en zauj... ...