n3 Pembukaan 2012 ~Adab Berludah~
Adakalanya kita tidak perasan pun, yang kita ni suka sangat meludah merata-rata..
Kadang-kadang kita berludah tanpa menghirau sama ada tempat itu kotor atau tempat najis.
jika hendak meludah air liur ada cara-cara dan adabnya di dalam Islam. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa di dalam mulut janganlah di depan orang ramai ..
atau berdekatan dengan orang yang sedang menjamu selera.
Nampak diri kita sangat tidak cakna akan perasaan orang sekeliling kita
Sebagai umat Islam , kita mesti menjaga kebersihan .. Jangan sesekali berludah di tempat-tempat yang kotor seperti di dalam tandas, longkang dan tempat2 yang sewaktu dengannya.
Terdapat persoalan tentang ADAB BERLUDAH..
Baca di bawah...
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin kepastian mengenai adab dalam berludah. Ada kawan-kawan yang
mengatakan kita hanya boeh berludah ke kiri, dikatakan seperti meludah ke
arah iblis. Dilarang berludah ke kanan, dikatakan ke arah Nabi SAW, dan
dilarang ke hadapan, dikatakan ke arah Allah SWT. Saya ingin kepastian
dari pihak JAKIM, adakah dalil yang berkenaan dengan hal ini.
Terima Kasih.
Jawapan
Wa'alaikumussalam wbt..
Berludah bererti membuang sesuatu kekotoran yang ada dalam mulut seperti
sisa-sisa makanan,darah,nanah,air liur atau pun kahak yang keluar dari
kerongkong hingga ke mulut kemudian diludahi seseorang samada di tempat
meludah (sinki) atau pun tidak. Berludah di tempat-tempat awam atau di
merata-rata tempat adalah dilarang kerana ia boleh mencemarkan
persekitaran dan menyebarkan kuman penyakit.
Justeru meludah seperti yang difahami melalui sebuah hadith Rasulullah SAW
bermaksud: "Mimpi yang baik dan benar adalah datang daripada Allah SWT
manakala mimpi yang buruk dan jelik adalah daripada syaitan. Sesiapa yang
terjaga dari bermimpi sesuatu yang buruk menimpanya maka hendaklah ia
meludahi (tanpa keluar air liur ) di sebelah kirinya sebanyak tiga kali
ludah dan kemudian dia memohon berlindung dengan Allah daripada gangguan
syaitan. Sesungguhnya perbuatan sedemikian boleh mencegah diri daripada
syaitan memudaratkannya.
( Bukhari dan Muslim )
~ Sumber ~ IslamGrid
Berludah pun ada ADABnya..
Meludahlah selalu ke sebelah KIRI.
Tetapi, INGAT....
Jangan pernah ada niat untuk meludah muka seseorang..
Itu tak BERADAB namanya..
Walahualam.
Ulasan
p/s:ingat lg peristiwa semasa mkn kt kedai mkn ada org ludah dia punya kahak..siap ada bnyi lg...yerkk....kut ya pn g la jauh2 skit....trbantut sudah nk abiskn makanan....x psl2 brlaku pmbaziran...huhuhu
p/s: ummu dh buang shoutbox eak???