Kunci..Oh Kunci...!




Suatu petang di awal November 2011....
Pulang dari kerja seusai solat zohor,
bergegas ingin menghantar anak ke sekolah Tahfiz sessi petang selepas tamat persekolahan paginya..
Dalam kepala turut merangka-rangka, apa lagi yang perlu dibuat selepas ini..
Opsss..! Jangan lupa ambil Ain di rumah pengasuh (mamanya)...
Mengambil alih tugas suami pada petang itu...kerana suami beraral ke KL.
Tergesa-gesa kerana sedikit terlewat...
Dalam keadaan segalanya ingin bersegera
tangan pantas sahaja mencapai kunci kereta..
Keluar dari rumah lalu mengunci grill..
juga dengan pergerakan yang agak pantas tangan membuka pintu kereta menggunakan kunci... Entah mengapa alarm kereta meragam, jadi sehari dua itu saya lock pintu kereta secara manual sahaja..
Sebaik pintu terbuka saya dan along terus masuk ke dalamnya....
DUM..!Pintu kereta di tutup..
Adussss.....mana pula kunci tadi ye....hati menggerutu...
Saya tunduk melihat ke bawah..kalau2 dalam sekelip mata kunci tadi terjatuh di celahan kaki..
Tak ade pun.....



Tenangkan diri walau hati dah mula berbahang..

"Along ada nampak kunci tak...! Ummi letak mana kunci tadi ?"
"tak tau ummi"
Akhirnya saya bersendirian yang ligat kepala otak memikirkan di mana ghaibnya kunci..
Alahai kunciiii....
Adooooooo...mane kunci niiiii.... agaknya tertinggal di beranda....
Huh....! Lalu saya keluar kereta dan cuba mengulangi balik perbuatan saya sebelum masuk ke dalam kereta...
Mula2 tadi...,kunci grill... Oke kat grill tak ade..di beranda pun tak ade...
Pastu..masuk ke dalam kereta....duduk atas kerusi pemandu...
Kalau di atas riba... terjatuh...mesti ada dilantai kereta..
Tiba-tiba.......
Ya ALLAH...!!!!
Saya menepuk dahi...
membuka sedikit pintu kereta lalu meraba di bahagian luarnya...
haha...
elok je kunci tertagang di luar pintu kereta saya...
Aduhaiiii...
Kalau nak cepat macam tu la gaye nye...ada je benda yang menjadikannya lambat..
Macam mana saya boleh tak ingat untuk mencabut kunci selepas membuka pintu tadi...
nak marah ada...
nak tergelak lagi banyak...
Malu pun ade kat anak...



Entah kenapa..tiba-tiba pulak teringat peristiwa ni
sewaktu sedang memandu pulang ke rumah sehabis waktu kerja ..

~♥♥ ummuainries ♥♥~

"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

Jahirah berkata…
selalu jadi macam tu..kalau nak cepat bertambah kalut lg...hehee ada kes yg cari spek tp rupa2nya spek ada kat atas kepala...;p
insan_marhaen berkata…
Satu lagi .., SIKAT..! nanar mencari..tapi terselit kat rambut...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...