"Isteri Saya Hilang , En.Polis.."



Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya
yang keluar seketika untuk membeli gula..., namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.

"Saya tidak pasti pula.Pagi tadi atau tengahari kot."

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tidak pasti la tadi.Mungkin hitam atau putih.Tak pun kelabu"

"Baiklah dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia.Tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi.
Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun 12 Disember nanti.
Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit.
Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teaddy Dream dari lovely lace."

"Okey kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik."
Kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Moral
Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail
berbanding insan yang kita sayangi?
Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan-insan yang DEKAT dengan anda.
MENGENALI UNTUK MENYAYANGI BUKAN UNTUK MENCARI BENCI.


Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~

"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

CHE ROSSLI berkata…
Assalamualaikum cikgu.
Blog cikgu terlampau sarat dengan widget2. macam kebun bunga..

saya timbang blog cikgu lebih 180.

berat blog mesra penguna area 90-100 je.

Sila timbang

Timbang Blog
insan_marhaen berkata…
@AL-QASSAM
Baru je buang kalendar dengan jam...tp masih lagi obes...hehe... Lepas ni kena amik masa untuk edit balik dn cari lg apa yg perlu di nyahkan...... Skang agak bizi...ni pun meNyambil2 shj... Terima kasih atas peringatan... Sukenya bila ada yang beri teguran membina..kalu tak, tak perasan pun...terima kasih daun keladi...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...