Dia Buat Hati Saya Tersentuh..

...Kenangan Suatu Hari di Bulan Februari...

Seusai menikmati hidangan di majlis kenduri kahwin sempena perkahwinan salah seorang anak pekerja kantin sekolah.....telinga menangkap satu suara halus di sebelah kiri saya..sebaik menoleh saya dihadiahi sekuntum senyuman yang cukup ikhlas di mata saya....
sambil menyapa....

" cikgu..,cikgu...,apa khabar..? Tangan dihulur ...
Saya membalas senyuman . Yakin yang dia belum akil baligh saya menyambut huluran tangannya...Tangan saya disalami dan dicium...

"khabar baik..hmmm... sekolah kat mana sekarang..." Dia tetap juga tak lepas dengan senyuman...

"Sekolah menengah jengka 2.."jawabnya mesra...

"pandai baca dah.."

"emmmm...boleh dah sikit2....."dia menjawab malu-malu...saya tersenyum mendengar jawapan dari mulut remaja lelaki yang separas dada itu sambil menepuk-nepuk mesra belakangnya...

"tak apa..belajar la rajin-rajin ....."dia mengangguk mendengar kata-kata saya itu..

Zulkifli....itulah sebuah nama yg dimiliki oleh anak remaja tersebut...
Remaja yang istimewa .. Fizikalnya seperti kanak-kanak sekolah rendah..tapi budi bahasanya cukup membuatkan hati kecil saya tersentuh dan mengenangnya hingga saat ini....seorang anak yang pernah dibimbing di kelas pemulihan saya... Ada ketikanya saya pernah mengangkat suara pada nya...dengan niat ingin mendidik...ada ketikanya bergurau dan melayani seperti anak2 kecil... Seingat saya sewaktu di sekolah dulu setiap kali berselisih dengannya pasti dia menyapa....." cikgu Zaiiiiiiiiii......"

Memandang raut wajahnya akan terbit rasa simpati...Walau tak diberi kepandaian tapi Allah anugerahkan nilai-nilai yang hebat dalam dirinya...
Sewaktu ingin melangkah pergi dia mendatangi saya sekali lagi...

" cikgu nak balik dah ke...?

"haah..,cikgu nak balik dah..."

Lantas dia menghulurkan tangan untuk bersalam...
Sesudah bersalaman dia melambai ke arah saya..Tanda mengucap selamat jalan..

"tata cikgu"...saya menangguk dan membalas lambaian nya...

Saya terharu......punya anak murid yang begini....


p/s: Zul , cikgu doakan semoga Allah sentiasa permudahkan setiap langkah di sepanjang perjalanan hidupmu...

KLIK juga...

Terjumpa Khazanah Lama..

Nostalgia : Dhuyuf ArRahman 1431H

AJAIBNYA TANGAN IBU..

Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum cikgu...ooo cikgu rupanya...cikgu yg baik mestilah pelajar suka...Izan pun suka...heheheh..err..izan nak minta c'jai naikkan sikit shoutbox tu boleh tak..izan nak tulis xdapat laa..hihihih...jgn marah cikgu..cayang cikgu
insan_marhaen berkata…
hehe... tak baik juge izan mama mia sesekali ade ketikanya jadi juge singa.... tp kalu marah tu marah sayang..adat la bebudak ni ada masa perlu dibelai ade masa kena di tegur.....c'jai dah naikkan shoutbox tu izan mama mia .. :)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...