SUP PEDAS CENDAWAN DAN FILAMEN KETAM



Tentu ramai yang di luar sana suka menikmati sup... Anak-anak C'Jai pun sangat suka menghirup sup.. Ni ada satu resepi sup yang sesuai dengan mereka yang ingin mengurangkan berat badan...
Credit la untuk chef yang cipta resepi ni..Sayangnya tak tahu asal usul resepi dari siapa..C'Jai cuma memanjangkan sahaja..moga-moga dia di Rahmati..
Boleh cuba siapa mau...


Hamboiiiii..Tengok cendawan pun dah nampak sedap....


Ada ketam pulak.. jangan tak tahu..Ketam dan cendawan adalah pelakon utama untuk resepi ni..

SUP PEDAS CENDAWAN DAN FILAMEN KETAM

BAHAN:
10 keping cendawan kering (direndam dan dihiris nipis)
1 bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dikisar)
500-600ml stok ayam
3 batang cili kering(dibuang tangkainya)
6 keping filamen ketam
4 sudu besar beras perang (brown rice)
2-3 sudu besar cuka epal
2-3 sudu kecil tepung serba guna yang
dilarutkan di dalam sedikit air
garam dan serbuk lada suluh

CARA MEMBUAT
1. Masukkan cendawan,bawang besar,bawang putih,
stok ayam dan beras ke dalam
bekas tahan panas.
2. Didihkan sehingga beras masak dan
lembut.
3. Masukkan cili kering,filamen,cuka,
garam dan serbuk lada suluh.
4. Setelah mendidih, masukkan larutan
tepung dan biar pekat.
5.Hidang panas.

Taraaaaaa...sup dah siap.....


Gambar ni..pinjam kat Pakcik google....hehe..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...