HIDAYAH itu PERLU DICARI

Dan lihatlah antara mereka yang beruntung telah berhijrah kepada yang lebih baik.


~✿>> Bila bercakap SOAL JODOH, ramai yang memilih untuk BERUSAHA KERAS mencari walaupun SEDAR hakikat jodoh telah ditentukan..tetapi bila bercakap SOAL HIDAYAH, ramai pula MEMILIH untuk MENUNGGU biarpun sedar HIDAYAH itu PERLU DICARI..bukannya tunggu jatuh ke riba..♥♥

~ Apabila BERBUAT JAHAT dan MENGAKU belum mendapat hidayah Allah..padahal diri sendiri yang MENUTUP MATA dan HATINYA ketika hidayah Allah itu datang..ingatlah sahabat, HIDAYAH itu seperti CAHAYA, ia tidak akan menyapa mereka yang masih MENUTUP RAPAT jendela hatinya..♥♥


Kita perlu sentiasa mencari hidayah Allah melalui usaha seharian kita.

Allah telah berfirman di dalam kitab suci A-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 272 yang bermaksud :-

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa jua harta yang halal yang dibelanjakan maka (pahalanya) adalah untukmu sendiri. Dan tidaklah kamu dermakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (pahalanya) kepada kamu, dan kamu tidak dianiaya. (Ayat 272)

Yang paling penting ....
"Bukan di mana kita bermula, tetapi di mana kita berakhir."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...