Terjumpa Khazanah Lama..







Hampir seminggu 'tak mengusik blog'..Maklumlah kekangan masa yang sangat-sangat memuncak.. Hinggakan untuk ke Pesta Buku yang telah bermula pada 27 April juga masih belum berkesempatan... Anak-anak pula sangat obses dengan buku, selalunya kami sekeluarga tak akan melepaskan peluang yang ada ini..
Pesta Buku ini berakhir pada 6 Mei nanti..
Tapi tahun ini entah la...., sempat atau tidak..

Sibuk berkemas-kemas , terjumpa pulak khazanah lama...


Setelah 15 tahun berlalu..
Kulitnya telah sedikit kusam di mamah usia...
hiasanya juga telah tertanggal...
..Antologi..
itulah tajuknya...saya sendiri telah lupa bagaimana tajuk itu diberi...
sama ada telah di tetapkan oleh pensyarah atau saya sendiri yang memilihnya..
Entah....sungguh saya lupa... Petanda diri semakin berusia...

Di dalamnya ada koleksi sajak, pantun, syair bertulis jawi dan sebuah cerpen...
Semuanya nukilan sendiri...
Salah satu sajak itu telah saya masukkan ke dalam blog ini..
Merenung Hari Muka Yang Luka
<----itu sajaknya..
Terlahir dari rasa kebimbangan yang tumbuh jauh di sudut hati
melihat bagaimana sosialnya perhubungan anak-anak muda waktu itu..

Teringin juga rasa untuk memindahkan cerpen saya ke dalam blog ini..
Tidak sebagus mana susunan bahasanya...
jauh..sangat jauh nak dibandingkan dengan hasil karya penulis-penulis lain,
kerana saya bukan dilahirkan sebagai penulis..tapi tetap bahagia dapat melahirkan dengan begitu susah payah sebuah cerpen hasil perahan idea sendiri..
walau ia biasa-biasa sahaja...

Ulasan

Unknown berkata…
tak apa .. sekurang2nya sudah mencuba :)
are_lin@yu berkata…
ayu singgah n follow sini ;-)
insan_marhaen berkata…
Betul tu Tia... Kpd Che Rosliza dan are_lin@yu, mekasih follow...salam ukhwah...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...