Di cium wanita Morocco...

Selesai memberi salam dan berdoa sesudah solat maghrib , saya mengeluarkan Quran kecil dari beg sandang berwarna merah. Sementara menunggu waktu isyak saya mengambil peluang beriktikaf dan membaca Quran.Sesekali hawa aircond di ruang solat bawah tanah itu terasa sangat dingin..Kedinginannya ada ketika , menyebabkan tubuh sedikit menggigil , lebih-lebih lagi pada waktu malam dan subuh...

Tiba-tiba wanita di sebelah mencuit saya...Dia berada di sebelah kiri, saya memandang ke wajahnya. Dia tersenyum..Kulitnya yang putih dengan hidung mancung terletak..
Cantik..! hati saya berbisik.Susuk tubuhnya tinggi..Saya menjadi kecil disebelahnya..



Dia memberi isyarat dengan jarinya...Mungkin melihat saya tidak menggunakannya, dia ingin meminjam tasbih yang ada di tangan saya. Sambil tersenyum saya menghulurkan tasbih... Lagi pun saya memang ingin membaca Quran dan sangat berazam untuk khatam dua kali di Masjidil Haram dan kalau berpeluang sekali lagi ketika di Masjid Nabawi nanti..

Saya memberhentikan bacaan tatkala orang mula ingin melaungkan azan Isyak..Saya lihat wanita di sebelah saya juga turut berhenti berzikir.. Sempat pula dia menghulurkan tangan bersalam...bertanyakan negara asal saya .. Saya turut mengambil peluang untuk mengetahui wanita ini dari mana..Rupa-rupanya dia dari Morocco.. Kami berbual seketika menggunakan Bahasa Inggeris mudah dan sesekali dia dia bercakap dalam bahasanya..Sungguh lucu..Cukup mengagumkan walau tak memahami bahasa antara satu sama lain silaturrahim tetap terjalin di bumi Makkah ini..Itulah kelebihannya bumi suci ini...

Selesai isyak saya menyalami saudara seaqidah di sebelah saya ini.Dia lantas menghulurkan kembali tasbih yang dipinjamnya sebentar tadi.Saya mengambil tasbih tersebut, tetapi sejurus kemudian secara spontan meletakkan kembali tasbih itu dalam gengaman tangan nya.. Saya berikan sebagai cendera hati untuknya.Dia sedikit terkejut kerana tidak menyangka mungkin...Lalu dia menyalami saya sekali lagi sambil mengucapkan terima kasih.. sebelum sempat saya bangun dari sejadah dia memeluk begitu kejap dan mencium pipi kiri saya...
Saya terkejut ...
Menyimpan rasa terkejut , kerana rasa terharu lebih banyak memenuhi ruang hati..
Dicium wanita Morocco pun saya jadi terharu..Entahlah...sepanjang hidup saya di usia 37 tahun itulah , saya banyak mengalirkan air mata... ketika di Tanah Suci mengerjakan haji..Hati begitu mudah tersentuh...


Ulasan

bUn'S berkata…
wanita morocco itu memberikn ciuman...hhmm...blh ke..:-)
insan_marhaen berkata…
bUn'S ciuman ukhwah..di sana perkara biasa bila bertemu antara sahabat di peluk dan dicium ..asal bukan lelaki yg peluk...heeeee..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...