Merenjis Beras Kepada Pengantin..Apa Kata Ust Azhar Idrus..

''Renjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit di tabur
disiram si air mawar''

Ingat lagu ni tergambar suasana majlis perkahwinan masyarakat melayu
yang kaya dengan adat...
Kalau tidak, tak kan wujud kata-kata 'biar mati anak jangan mati adat'..



Tapi adat yang bercanggah dengan syarak wajib di sanggah..singkirkan dari kehidupan seharian ...Cuba lihat majlis persandingan..Adat persandingan ni dari budaya hindu..Jangan marah ye..c'jai nak imbas kembali perumpamaan oleh seseorang tentang majlis perkahwinan yang disertai dengan acara bersanding..

''Ibarat dalam sepinggan nasi ada lauk yang lazat-lazat..Ada ayam goreng, gulai kari, ulam dan buah pencuci mulut...tiba-tiba kita gi ambik taik ayam mone kita letak kat tengah2 nasi tu..dah susah sangat nak faham...''
(bukan c'jai yang kata ye)

Bunyinya nampak kasar...tapi cukup meninggalkan kesan dihati.. Bersanding...walaupun Nanti ada yang cakap bersanding untuk keluarga je.. Ok..untuk keluarga je ye..dalam keluarga kita takde abang ipar , adik ipar lelaki, suami makcik2 kita ke...? Mereka itu bukan mahram.. Bukan apa, Dibimbangi kita tak mampu menjaga aurat dengan sempurna dihadapan mereka..Jarang-jarang ada pengantin yang memakai pakaian penganti yang longgar. yang selalu kita lihat kebanyakannya mengikut bentuk badan..mungkin ada yang tak suka dan tak berapa setuju dengan isu yang c'jai bawakan ini.. Maafkan c'jai ya..kalau isu ini buat ada yang berkecil hati dan tersinggung.Tetapi sesuatu yang bertentangan dengan syariat itu perlu diperbetulkan..

Teringat pula kata-kata seorang ustaz di tempat c'jai..
'kita ni dari lahir hingga ke mati ikut adat hindu'..
Dulu memikir juga apa sebenarnya maksud beliau..
tetapi bila difikir dan dikaji ada kebenarannya disebalik kata-kata itu..

Sesamalah kita fikir akan adat yang mirip pengaruh adat hindu yang sentiasa mengiringi kehidupan kita...Kalau ada boleh kita sama-sama berbincang di ruangan bawah nanti...
C'jai nak kongsi satu soal jawab dengan sahabat-sahabat..
Bila baca soal jawab kat bawah ni memang tergelak lah..
Tersenyum panjang c'jai..Jawapan yang cukup sinis bagi yang tak memahami..
Cukup terpukul bagi kita yang tahu tapi suka buat2 tak tahu...

Kalau difikir secara logik akal pun , bukan kah suatu pembaziran jika adat menabur beras kepada pengantin dilakukan..Baik beras tu tabur kat tanah beri makan ayam..nanti ayam dah besar, gemuk, boleh sembelih dan goreng berempah boleh hidang untuk makan tengahari dengan suami dan anak-anak...
Pada kita yang dah terbuat..nak buat macam manakan..?
Perkara dah lepas..Jadi apa yang boleh kita lakukan istigfar banyak2 ,
mohon ampun dan bertaubat..
Jangan malu mengaku kesilapan kita dengan ALLAh swt..
Allah itu tuhan yang MAHA PENGAMPUN..
p/s : Mohon maaf andai kata2 di atas ada yang terlalu 'ekstrem'..
untuk ingatan diri ini, anak-anak, seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan saudara seaqidah ...PERINGATAN di masa akan datang.. Andai ada kesilapan dalam catatan di atas sila perbetulkan..sama2 kita berkongsi ilmu...
Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...~♥♥ ummuainries ♥♥~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...