Bukit Magnet
Gunung atau bukit aneh ini terletak di sebelah utara kota Madinah dengan suhu lebih dingin yang berbeza dengan kawasan pegunungan lain di daerah Arab.
Bukit batu ini mampu menggerakkan sebuah kenderaan dengan kecepatan maksima 180 km/jam sejauh 12 km. Saya dan keluarga telah merasai dan melalui pengalaman yang sangat berharga ini.Terbit rasa kagum dengan kekuasaan Ilahi, sewaktu menaiki bas yang bergerak walaupun setelah di matikan enjinnya, Subhanallah.Ada ketikanya terasa kecut perut kerana kenderaan bergerak semakin laju...
Seorang pengkaji dari singapura pernah cuba untuk mencari medan magnetik tersebut, namun gagal untuk menemuinya.
Gunung ini juga mampu merosakkan peralatan elektronik.Gunung atau bukit ini juga dikatakan baru ditemui sekitar tahun 2007.. Ia merupakan salah satu tempat tarikan para jemaah haji dan umrah berkunjung ke sini selain dari tempat-tempat bersejarah yang berkaitan dengan nabi dan para sahabat.
Ulasan