Air Mata Tertumpah di Sini..
Seronok pulak saat mendengar berita sahabat-sahabat yang pergi melakukan ibadat umrah dalam tempoh terdekat ni..Iringan doa buat kalian moga dipermudahkan..Pada yang telah kembali ke tanah air, harapannya moga umrah kalian ,umrah yang MABRUR.. Lebih-lebih lagi kepada abang ipar, Abang Teh yang berangkat April ini.Semoga dapat merebut peluang untuk beribadah sebanyak dan sebaik mungkin..
Suatu ketika, hari terakhir berada di Madinah sebelum berangkat ke Makkah...kami sekeluarga menuju ke Masjid Nabawi... Pergi untuk berziarah ke Raudhah dan melakukan solat dhuha...Setiba di perkarangan masjid saya mendahulukan abah dan along untuk memasuki masjid..
"Nanti kat Raudhah doakan ummi dipermudahkan untuk ke Raudhah pula ye.." memohon suami dan anak mendoakan saya.
Mereka berlalu.Sedang, saya dan Ain menunggu mereka di dataran masjid..
Hampir lima puluh minit kemudian mereka keluar...Dan saya titipkan Ain bersama abah dan along..Melangkah ke dalam masjid , tanpa berlengah saya mencari ruang untuk melakukan solat tahiyatul masjid dan solat hajat... Dalam doa bersama linangan air mata saya mengharapkan keampunanNya dan saya benar-benar mengharapkan Allah permudahkan laluan saya untuk ke Raudhah.
Setelah selesai saya mula mengatur langkah.... keseorangan, mencari laluan menuju ke sana.. Sambil berzikir , langkah kaki sedikit dilajukan, hati kian sebak..Saya semakin hampir dengan jasad manusia Agung..Rasulullah.Alhamdulillah orang tidak terlalu ramai dilaluan ke Raudhah..Perjalanan juga sangat lancar..Saya terus melangkah bertemankan doa yang tak putus di dalam hati...
Akhirnya...Alhamdulillah, saya tiba di tempat yang di tuju...Di Raudhah orang sangat ramai..Tiba-tiba ada dua orang wanita juga dari Malayia mengajak saya menyertai mereka..lalu kami berbaris menunggu ruang-ruang yang akan di kosong di Karpet hijau.. Bergerak perlahan-lahan..waktu ini kena bijak mencari peluang tetapi jangan sampai bertolak dan menyakiti jemaah lain..Sedikit demi sedikit kami bergerak lagi untuk menghampiri karpet hijau itu..Saya di belakang sekali di dalam barisan.Kelihatan lebih ramai jemaah wanita dari Turki, India, Bangladesh yang tinggi dan besar tubuh mereka.Mereka ini sedikit kasar, bertolak-tolak dan kerap ditegur oleh Penjaga Wanita..Atas sebab itulah saya tidak berani membawa Ain bersama-sama ke sini.
Jemaah dari Asia hanya beberapa kerat sahaja... Penjaga Wanita sedari tadi sibuk memberi arahan..Sewaktu kaki mula bergerak mahu memasuki karpet hijau..lengan saya dipegang oleh salah seorang Penjaga Wanita...
"Ibuuu...sini ibu..sini ibu..." sambil memimpin saya, ke satu ruang semuat-muat diri saya..Saya memandang pada teman yang baru dikenali tadi dengan pandangan serba salah..awalnya saya ingin dahulukan dia kerana dia berada dihadapan saya..Dia nampak tidak kisah dan tidak lama kemudian dia turut mendapat ruang untuk bersolat...Sebaik mendapat tempat tanpa berlengah saya terus melakukan solat taubat dan memanjangkan sujud untuk berdoa..Di sini air mata gugur lagi dalam doa seorang insan yang penuh dengan dosa..
Seorang insan yang benar-benar mengharapkan maghfirahMu..
Ya Rabbi...Ya Aziz .. Moga air mata ini bisa membersihkan diri dari belengu dosa-dosa kelmarin...
Memandangkan orang masih ramai menunggu giliran untuk berada di atas karpet hijau ini..saya hanya bersolat sunat Taubat sahaja, bagi memberi laluan kepada orang lain..Usai solat, saya melambai kepada seorang jemaaah yang sedang menunggu supaya mengambil tempat saya..
Dalam kesesakan mereka yang sedang bersolat saya mencari ruang untuk melangkah keluar.. Entah mengapa saya tidak bertemu dengan laluan keluar , lantas saya bertanya kepada salah seorang Penjaga Wanita.. Saya akhirnya berjaya menemui 'pintu' keluar .Saat kaki menghampiri karpet merah, tak semena-mena saya terpandang satu ruang kosong di Raudhah itu... Kaki pula begitu ringan melangkah ke ruang tersebut.lantas mengambil peluang yang ada, melakukan solat sunat hajat..Walau pada awalnya saya cuma berkira ingin melakukan satu solat sunat sahaja bagi memberi peluang kepada jemaah lain yang masih ramai menanti.. .. Alhamdulillah..Allah benar-benar permudahkan kan saya pada hari itu...
Allahhurobbi..
saya tersedu lagi di Taman Syurga ini untuk kesekian kalinya..
Mood : Rindu Bumi Al-Mukarramah dan Al-Munawarrah.
*Tips apabila kita berada di dalam Raudhah*
Kalau kita hendak dapat lama berdoa di Raudhah, kita berdoa semasa sedang sujud solat sunat Yang dilakukan. Ini ada...lah supaya, penjaga Arab yang menjaga disitu tidak meminta kita keluar. Kalau kita menadah tangan dan berdoa, kita tak dapat lama untuk berdoa. Pasti kita akan diminta keluar dengan cepat sebab ada kumpulan negara lain pula yang hendak masuk. Kalau orang lelaki memang mewah untuk mengerjakan solat-solat sunat yang lain di raudhah. Itulah bezanya.
Pemandangan di dalam Raudhah sangat cantik, lampu-lampu banyak dihiasi dengan ayat Quran dan banyak yang berwarna hijau dan keemasan. Di Madinah, peraturan sangat ketat. Kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Masjid Nabawi. Di setiap pintu masjid, semua poket dan beg kita akan diperiksa berbeza dengan di Mekah.
Raudhah salah satu tempat mustajab untuk doa, terletaknya antara Makam Rasulullah SAW dan mimbar Beliau. Karpet di Raudhah warnanya Hijau keabu-abuan. Jangan lupa jika yg Anda tempati karpetnya masih warna merah, itu bukan Raudhah.
(Sumber : Dari dinding Sarina Almukminin )

Ulasan