Terkenang-Kenang
Kehidupan ini bagaikan pelangi........ Penuh warna warni
Dan warna-warna pelangi itu sentiasa terlakar saban waktu..
Tanpa kita sedar...
Sarat dengan kenangan...
kenangan-kenangan indah dan pilu untuk diingati..

Suatu Saat yang terindah , ketika dijemput untuk menjadi TetamuNYA ke Tanah Suci..
Maha Suci Allah..tiada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaan ini..
Namun disebalik JEMPUTAN itu Allah sulamkan perjalanannya dengan peristiwa yang meruntun jiwa saya, hambaNya yang KERDIL dan LEMAH ini....Sebelum Allah benar-benar mengizinkan saya menjejakkan kaki ke sana,
Dia beri saya beberapa ujian sebagai tanda KASIH SAYANG NYA.
Ada hikmah yang terselit di sebalik apa yang terjadi..

Saat Hati Terpanggil untuk ke Tanah Suci..
..sekitar tahun 2007 Kesedaran dan keinginan untuk menunaikan haji telah terbit .
Alhamdulillah.. Dengan niat tertanam ,
tanpa saya sedar Allah limpahkan rezeki yang lebih kepada saya dan en.zauj.
Sesungguhnya dengan rezeki yang ada membuatkan kami segera mendaftar di Tabung Haji.
Lebih-lebih lagi duit simpanan untuk ke Tanah Suci telah mencukupi.
Saat ini datang kebimbangan di hati andai Allah tarik umur kami sebelum saya dan en.zauj sempat ke sana.. Ya Allah saya tidak mahu mati dalam keadaan Nasrani ataupun Yahudi..Sentiasa memanjatkan doa semoga Allah izinkan kami untuk memijak Tanah Haram-Nya. Sebelum ini Kami bercadang untuk segera mendaftar... tetapi oleh kerana kekangan masa dan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan
akhirnya pada awal tahun 2008 barulah kami dapat merialisasikannya….
Saya dan en.zauj merancang untuk pergi pada tahun 2009 dengan syarikat swasta.
Jika menunggu giliran dengan Tabung Haji Tahun 2020 akan datang baru kami berpeluang....
Alasan utama untuk pergi dalam tempoh terdekat adalah kerana ingin membawa ibu mertua saya..
Jadi saya dan suami memilih syarikat Ashar Travel. Selagi kami tidak dapat menunaikan ibadat haji, apa juga perkara yang dalam perancangan akan kami batalkan..…
Merasakan haji lebih utama kami tidak selesa untuk melakukan perkara lain..
Sehingga perancangan membaik pulih rumah , kami tangguhkan.…

Kursus Yang Tergendala
Bermula kursus haji pada tahun 2008 saya,en.zauj dan ibu mertua mula menghadiri kursus yang diadakan di Jengka 10 pada setiap Ahad… Sedihnya dapat menghadiri hanya sekali ...
Kursus2 yang seterusnyaen.zauj dan ibu mertua sahaja yang menghadirkan diri...
Saya disahkan mengandung dan mengalami alahan yang teruk…
Ini bermakna harapan untuk ke Tanah suci pada Tahun 2009 tentulah terpaksa ditangguhkan… Inilah dugaan pertama saya..
Pada awalnya timbul juga rasa sedih, tetapi dalam masa yang sama kegembiraan itu tetap ada.. Memandangkan anak saya yang kecil ketika itu telah pun berumur 4 tahun jadi sudah selayaknya dia beradik.. Kasihan pula pada en.zauj yang begitu teruja untuk menunaikan haji..
Saya memberi jalan kepadanya, supaya dia teruskan niat itu pergi berdua dengan ibunya.
Tetapi sebolehnya ingin pergi membawa saya .. Bukan bermaksud dia mendahulukan saya dari ibu mertua..tidak sama sekali..
Kerana dari dulu hajatnya ingin membawa isteri dan ibunya bersama2 menunaikan haji..
cuma sebolehnya dia ingin dirinya sebagai suami menjadi Muhrim saya sewaktu di Makkah..
Saya terharu, apa pun dalam masa yang sama kami perlu memikirkan ibu mertua perlu dihantar segera dalam keadaan kudratnya masih kuat.. Kami perlu mengejar masa…
Akhirnya saya dan suami mengambil keputusan untuk menangguhkan pemergian kami, sebaliknya meminta jasa baik abang ipar sebagai muhrim untuk mengantikan suami menemani ibu mertua saya pada musim haji 2009.Sememangnya perancangan Allah itu lebih baik dan setiap sesuatu yang berlaku ada terselit hikmah yang tidak kita ketahui. Dan barangkali inilah jalan yang telah Allah telah pilih untuk abang ipar saya ke Tanah Suci..
Dan sememangnya tahun itu sebenarnya kami belum menerima JemputanNya.
Allah maha tahu bila waktu yang terbaik dan sesuai untuk saya dan en zauj menjadi TetamuNya..
Telah diaturkan juga, bukan kami yang akan membawa mertua saya..
Namun begitu,.Pada tahun tersebut en zauj tetap berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Makkah, melakukan umrah pada cuti sekolah bulan Mei.
Ketika itu, kandungan saya telah mencecah lima bulan.. Dua minggu saya ditinggalkan di Malaysia.Sekembali en zauj dari umrah perasaan untuk ke Makkah lebih teruja..
Gembira mendengar pengalamannya sewaktu di sana.Paling mengembirakan saya akhirnya hajat untuk ke tanah suci dalam waktu terdekat ini telah Allah makbulkan.

Oleh kerana hasrat tertangguh, saya dan en zauj mengatur perangcangan lain.
Kami merancang untuk ke tanah suci apabila baby kami nanti berumur 2 tahun lebih…
Saya dijangka brsalin pada Septmber 2009, bermakna mungkin 2012 nanti baru kami dapat meninggalkan baby kami .

Dugaan Menjadikan Saya Semakin Kuat
.....2009…..
Masa untuk saya melahirkan juga semakin dekat…
Akhirnya pada tanggal 26 September bersamaan dengan 6 Syawal,3 hari sebelum ulang tahun yang ke 36 saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel....
Takdir Allah mengatasi segalanya,
ini dugaan yang ke tiga dalam tempoh saya berazam untuk ke Makkah.. Bertambah satu lagi peristiwa duka dalam hidup , selepas saya kehilangan Ngah (abang) 2 bulan sebelumnya… Anak yang saya kandung 9 bulan pergi tanpa sempat saya mendengar suara dan tangisannya… Baby saya meninggal setengah jam sebelum dilahirkan..

...ALLAHUAKBAR…Allahurobbi....
Begitu kecil dugaan yang Engkau berikan kepadaku tetapi terasa amat berat dipundak untuk kutanggung.. SUBHANALLAH…
Saya cuba kawal perasaan, dan berusaha menjadi tabah. Sesuatu yang sangat sukar untuk menyembunyikan perasaan duka di hadapan keluarga.. Tetapi itulah yang cuba saya lakukan… Bayangkan, melihat baby dalam iklan televisyen pun hati pasti tersentuh..
Saya sedaya upaya sembunyikan kesedihan… Setiap kali terkenangkan arwah anak ,
saya akan ke bilik air untuk melepaskan perasaan.. Malu rasanya andai ada yang terlihat saya dalam keadaan kesedihan begitu.. Saya pendamkan kesedihan hati kerana tidak mahu orang-orang yangdisayangi risau melihat keadaan saya ketika itu...
Sebagai seorang ibu yang begitu berharap, saya tidak dapat lari dari berperasaan sedih.. Berpantang tanpa baby sesuatu yang menyakitkan..
Tanpa kesabaran yang kuat saya mungkin nanar jadinya..
Alhamdulillah suami dan keluarga sentiasa memberi semangat.
Lebih-lebih lagi emak yang menyaksikan kesedihan hati ini walau saya tak pernah bercerita kepadanya,tetapi sebagai ibu yang pernah mengalami pengalaman serupa dia begitu memahami...Sangat terhutang budi pada beliau, walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu baik tetapi tetap gagahi diri untuk menjaga saya sewaktu berpantang...
Saya Redha di atas semua yang berlaku.. kerana sangat yakin Allah telah aturkan yang terbaik untuk saya. Lantas bersama deraian airmata saya simpan segala peralatan dan baju2 baby yang saya beli tempohari agar tidak nampak dek pandangan. Tidak mahu menjadi orang yang lemah dan sentiasa dibuai perasaan duka saya bangkit dari kesedihan itu… Begitu pun, hampir setahun jiwa saya merana…
Saya berdoa agar si kecil saya 'A'isyah'
menolong umminya dengan memberikan minuman di padang Mahsyar kelak...
Bersambung di sini ---> Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah..

Ulasan
jika ada, sebaya dengan Alya..
kak tini (umialya) ..kalau ada sebaya dengan alya..sama umur anak kita...:)
Apa yang utama, Gandakan amalan kebaikan dan dapatkan redha Allah supaya kita boleh bersama si kecil kita nanti...ameen..
Insyaallah..ada rezeki,...izan pun teringin ke tanah suci...
tiada kata yang mampu saya luahkan.Sya juga turut tenggelam dalam kesedihan bila membaca entry ni