Bondaku...Hajjah Rahmah Mat


Selesai sudah kenduri di rumah Alang..
Sekecil mana pun kenduri,bila disebut kenduri lelahnya tetap terasa..
Tuan rumah apatah lagi, penatnya bukan sedikit.
Waktu kenduri kendara beginilah dapat bertemu,
kalau tidak semua pun hampir separuh adik beradik
dan anak beranak arwah Haji Mat Sohor Hassan dan Hajjah Rahmah akan berkumpul..
Cuma kali ini saya tidak dapat menyertai mereka
berkumpul atau dalam loghat Pahang disebut 'beradu' bersama-sama di rumah Alang pada malam harinya..Tidak mengapa..
Saya tetap gembira kerana pada malam itu saya dapat 'beradu' dengan bonda saya di hospital..Seronok juga sesekali tidur di dalam wad ...
Walau tidur tidak selena mana..
Sekurang-kurangnya emak saya berteman malam itu jika tidak setiap malam pun..

Siangnya suami cuba juga dapatkan kebenaran pihak hospital
'meminjam' seketika emak kami
untuk membolehkan beliau berada tengah keriuhan anak cucu..
Malangnya pihak hospital tidak dapat memenuhi permintaan kami yang sedikit ini..
Jadi tidak dapatlah emak bersama-sama memeriahkan kenduri Alang..
Kasihan pula, sebulan lepas sewaktu saya membuat kenduri doa selamat
kerana saya dan suami selamat kembali dari melakukan kerja haji,
beliau juga tidak dapat bersama-sama kami anak-anaknya..
Kebetulan waktu itu emak dimasukkan ke hospital juga..

Ini entah kali keberapa emak dimasukkan ke wad
kerana keadaan kesihatannya yang tidak menentu kebelakangan ini.
Semoga emak saya dapat menerima segalanya dengan sejuta rasa keredhaan di hati..
Saya tahu emak sememangnya wanita TABAH..
Kerana ada perkara yang lebih sakit dan menghiris daripada ini pun
dia mampu dan pernah lalui..

.. Sesekali muhasabah diri...Inilah sebenarnya putaran hidup kita...
muda ke tua... Bila dah tua bermacam pula penyakit yang datang..
Inilah ujian yang Allah aturkan pada kita..kerana setiap orang pasti diuji...
Cuma ujian yang hadir dalam hidup kita itu yang berbeza..
Dan sebagai hambaNya manusia hanya perlu terima dan redha
di atas apa yang dihidangkan kepada kita di dunia ini..
Mudah-mudahan dengan penyakit yang diberi,
dapat pula menebalkan lagi iman di dada kita..
Sesungguhnya Allah tidak pernah berlaku zalim pada hambanya.

Sahabat-sahabatku sekalian,
terlalu banyak perkara yang baik mahupun buruk
berlaku dalam hidup kita selama ini.
Terpulanglah kepada kita bagaimana kita melihat
dan mentafsir perkara tersebut.
Bukan semua perkara yang baik itu nikmat
dan bukan semua perkara yang buruk itu bala.
Yang pasti, di sebalik setiap perkara yang berlaku
terkandung seribu hikmah yang perlu dicungkil....







Ulasan

Umialya berkata…
cantik gambar tu
Unknown berkata…
huhuuh..membaca entry ini,...hati ku sangat tersentuh..terkenang arwah mak...Al-fatihah untuk mak..

Kasih mak tiada taranya...ralat rasanya tiada bersama mak di saat akhirnya....hanya kepulangan ku disambut..sekujur jenazah yg telah siap dikapankan...
insan_marhaen berkata…
kak tini (umialya).. Cameron Highland memang cantik...
insan_marhaen berkata…
izan mama mia..sama lah c'jai pun takde rezeki mengadap mak di saat akhir...mula la touching ni..mula laaa...:(
Ruse Sulaiman berkata…
Penat kenduri tp seronok berkumpul satu keluarga. Bila dah berusia kesihatan pun kurang baik.
insan_marhaen berkata…
Kita pun kalau sempat tua..mungkin begitu atau lebih lagi agaknya ye Ummi Iman .

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...