Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah..
Ini merupakan sinambungan dari kisah Terkenang-kenang tempoh hari..
Selesai berpantang saya berkesempatan menghantar ibu mertua dan abang ipar,ke Kelana Jaya.... Terbit di hati.. kalau tidak, saat ini saya dan en.zauj yang akan dihantar oleh saudara mara. Saya memasang azam, tahun 2010 nanti giliran kami berdua pula….
Sejak itu saya tidak putus-putus berdoa supaya Allah merezekikan kepada saya dan suami untuk ke Tanah Suci pada tahun berikutnya…
........2010...........
Selepas apa yang berlaku…saya tidak menoleh ke belakang…
Saya ingin lupakan apa yang telah terjadi dalam hidup ini.Sebaik 2010 membuka tirai, bermula sahaja kursus haji saya dan en.zauj berusaha meluangkan masa menghadirinya..
Walaupun ada ketikanya kami terlepas peluang kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan…dan saya sangat berterima kasih kepada GPK 1 sekolah tempat saya bertugas,kerana begitu memahami dan memberi keizinan kepada saya untuk berkecuali sekiranya ada aktiviti sekolah pada hari Sabtu…Saya juga mula memperbanyakkan solat sunat hajat dan taubat , memohon keampunan Allah atas dosa2 yang saya lakukan selama ini. Perasaan juga semakin bercampur baur.Rasa teruja dan takut menjadi satu….
Teruja kerana itulah impian saya sejak 3 tahun yang lalu..Takut, kerana memikirkan betapa selama 37 tahun berada di muka bumi ini begitu banyak dosa yang telah dilakukan….Pelbagai cerita yang telah diperdengarkan ditelinga, tentang kejadian2 pelik yang berlaku di tanah suci sebagai pembalasan pada seseorang…Begitu juga dari pembacaan saya..inilah yang membimbang dan menghuru-harakan jiwa saya..
Kadang terfikir pula mampukah saya meninggalkan dua permata hati, Along dan Ain dalam keadaan hati yang tenang,sedangkan sebelum ini kami tidak pernah berenggang dalam tempoh yang agak panjang..Memang dugaan…Semakin saya cuba lari dari berfikiran begitu semakin kuat pula ia datang mengganggu.….Tetapi semakin dekat harinya perasaan tidak keruan itu semakin menipis dan akhirnya saya langsung redha dan bersedia untuk meninggalkan anak2 di bawah jagaan Allah…Ketika ini tarikh penerbangan masih lagi belum pasti….
Saya dan en.zauj juga tidak menguar-uarkan berita kami mahu menunaikan haji kepada rakan2… kerana belum ada hitam putih lagi dari pihak tabung haji sama ada kami benar2 terpilih pada tahun ini atau sebaliknya..
Begitu pun, lama kemudian kami dimaklumkan tarikh berangkat, 2 november 2010..
29 September bertepatan dengan tarikh lahir saya yang ke 37 kami menerima surat dari syarikat Ash-Har Travel yang memaklumkan penerbangan dan perubahan tarikh berangkat kami ke Tanah Suci..Perasaan lega memenuhi hati kami.Ini bermakna sahihlah tarikh keberangkatan kami menjuju BAITULLAH dengan keizinanNya nanti..
Alhamdulillah… Syukur yang tidak terhingga, gembira tidak terkata…
bersambung di Tanah Haram Kian menggamit Hati….

Kenangan Terindah
~sewaktu menunaikan ibadah haji 27 Oktober- 12 Disember 2010
Berlatar belakangkan Jabal Thaur.
D sini terdapat sebuah gua yang dipanggil Gua Thaur yang terbentang dibelakang Makkah, sebelah Yaman.Gua ini adalah tempat persembunyian nabi Muhammad saw dan sahabatnya Abu Bakar Assidiq, ketika mereka diburu oleh orang kafir Quraisy.
KLIK--->
Selamat Hari Bapa 'Zauj'ku..
Terjumpa Khazanah Lama..
Nostalgia : Dhuyuf ArRahman 1431H
Lahiriah Tak Melambangkan Batiniah..
Belajarlah Memaafkan Walau Kalian Terluka...
Ulasan