•*¨*•.¸¸❤ Salam Ukhwah Fillah...❤¸¸.•*¨*•



...Ya akhi..Ya ukhti... 
Alhamdulillah berjaya juga dengan izinNYa dan dibantu oleh suami tersayang untuk melahirkan sebuah blog untuk saya gunakan sebagai medan meluah dan berkongsi rasa serta apa juga yang boleh memberi manfaat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi bertandang..

Saya adalah Ibu kepada seorang putera dan seorang puteri....
Merupakan anak Felda yang telah diaturkan jodoh oleh Allah swt juga dengan anak peneroka Felda..
Kami berCinta setelah nikah..
Semoga  serasi bersama hingga ke hujung nyawa
dalam sebuah Baitul Muslim yang diberkatiNYA .. 
.¸.•*´¯)~ummu ainries abu faris~..¸.•*´¯)
~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~♥♥~

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini..
Saya bukanlah penulis hebat yg bisa membuat org terpesona dgn gaya bahasa saya..
Seorang yg suka membaca novel2 sejak dr zaman persekolahan
menyebabkan ada sedikit minat menulis tertanam dlm diri..
Cuma sebelum ini saya tidak pernah cuba mengasah bakat ini setajam penulis-penulis lain.. 
Pernah juga di zaman remaja dahulu, menulis sebuah cerita pendek..
Tetapi yg lucunya stlh siap hasil pertama itu,saya perapkan di bawah bantal..
Sesekali teringat akn saya keluarkannya utk dibaca..
Akhirnya 'cerpen' saya itu hilang begitu saja...

Impian untuk mengarang terlaksana jg sewaktu berada di semester akhir 
ketika di Maktab Perguruan.. 
Kelas saya diberi tugasan utk m encipta beberapa buahsajak,
pantun dn sebuah cerpen oleh Pensyaraah Bahasa Melayu...
Hingga ke pagi saya bersengkang mata utk menyiapkan tugasan tersebut... 
Itulah satu-satunya hasil penulisan saya yg tlh dinilai.. 
dan Hingga sekarang buku koleksi sajak dn cerpan itu msh saya simpan..
Salah satu sajak yg berjaya dinukilkan 14 tahun yg lalu saya selitkan di blog ini... 
Sajak bertajuk 'Merenung Hari Muka Yang Luka'  
itu adalah hasil karangan dr rasa hati saya..

Agak lama saya mengambil masa utk merealisasikan hasrat mempunyai blog sendiri... 
Sebenarnya dari tahun lepas lagi perasaan untuk 'berblog' ini timbul... 
Di sebabkan begitu byk kekangan, hasrat saya terbantut begitu shj.. 
Lebih2 lagi pd tahun 2010 saya perlu membuat persiapan rapi 
untuk persediaan menunaikan rukun islam yang ke lima.

Datangnya secara tiba-tiba, 
terdetik di hati keinginan untuk menulis pengalaman sewaktu berada di Tanah suci..
membuatkan saya begitu terkenang akan suasana dan beberapa pengalaman berharga...
Saya rasa sangat teruja untuk mencoret.

Lantas meminta bantuan suami dibuatkan sebuah blog untuk saya..
Tidaklah begitu lama rupa-rupanya untuk menghasilkan sebuah blog bagi yang ada kemahiran...

Saya mengharapkan apa jua coretan yang dipaparkan di blog ini 
mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada semua.
Moga2 Allah sentiasa mengilhamkan saya , 
menulis dan mengumpul bahan2 yg boleh menjadikan blog ini salah satu platfom untuk berdakwah..
InsyaALLAH 

Akhir Kalam...
.¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
(◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~"
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

saya terjah entry pertama akak :)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...