Tanah Haram Kian menggamit Hati….
Assalamualaikum
Menyambung sedikit lagi catatan Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah..
yang tertangguh tempoh hari...
yang tertangguh tempoh hari...
ALLAHUROBBI..!!
Terasa diri semakin hampir dengan BAITULLAH...
Penerbangan kami di awalkan iaitu 27 Oktober 2010…
Sebaik mendapat kesahihan ini, barulah saya dan en.zauj menyediakan kelengkapan haji, membuat pasport dan visa serta mengambil suntikan yang untuk Jemaah haji.. Terasa begitu hampir untuk meninggalkan tanahair.Tidak sabar rasanya untuk berada pada tarikh 27 Oktober… Bermula saat ini saya mula berpesan kepada Along dan Ain..walaupun sebelum ini saya selalu bercerita tentang kemungkinan kami akan berhaji dan meninggalkan mereka di tanah air pada tahun ini…
Dan setiap kali saya seusai solat…saya panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan saya di sana dan permudahkan juga orang yang akan saya tinggalkan..
Along akan ditinggalkan bersama Mak Tehnya kerana senang untuk ke sekolah.Sedangkan Ain mahu bersama wan dan ibunya iaitu adik bongsu saya….
Hari yang ditunggu akhirnya muncul..
Kami bercadang untuk bermalam di Kelana Jaya..Oleh itu 26 Oktober diiringi saudara mara terdekat saya dan suami menuju ke lapangan terbang Kuantan.Flight kami dijadualkan pada pukul 6.30 petang…
Saat –saat akhir ini Kami diuji lagi, penerbangan ke Kuala Lumpur tertangguh sehingga pukul 10.20 malam…. Oleh kerana flight yang tertangguh, ibu mertua dan abang ipar sekeluarga tidak dapat menunggu lebih lama.. Mereka terpaksa bertolak pulang ..
Kami redha disebalik apa yang berlaku.. Biarlah Allah duga kami di sini, tidak mengapa..
Mudah-mudahan Dia lancar dan permudahkan segala urusan amal ibadat yang ingin kami lakukan di sana nanti. Itulah doa saya tidak putus-putus…
Mungkin Allah ingin beri kesempatan masa sedikit lagi untuk saya bersama anak-anak dan ahli keluarga…. Saya gunakan kesempatan yang terhad ini berada disamping Along dan Ain..
Along sentiasa duduk di sisi tetapi Ain pula menjauhkan diri dan lebih suka berada berdekatan adik saya..Ain seolah-olah membawa hati.. Sendunya hati saya…
Along pula nampak sedih mungkin kerana dia telah faham kami akan meninggalkannya jauh beribu batu.. Hiba perasaan saya, ketika dia memberitahu rupa-rupanya telah seminggu dia dalam perasaan yang sedih dan sayu…
sambil berkata begitu dia mengesat matanya yang berair…
Ya Allah..
sambil berkata begitu dia mengesat matanya yang berair…
Ya Allah..
Terasa ingin menangis saat itu juga, betapa selama seminggu ini dia sembunyikan perasaannya.. Saya mohon Allah beri kekuatan hati dan perasaan , saya tidak mahu menangis di hadapan along walau perasaan saya sangat pilu ketika ini.…
Saya tidak mahu anak-anak rasa sedih….Sesekali saya membuang pandang ke arah lain supaya tidak ada yang melihat air mata saya….Sesungguhnya rasa seronok dan teruja sangat padat dalam kolam hati,namun dalam masa yang sama perasaan sedih dan terharu tetap meriah bertamu … Bukan perkara mudah untuk meninggalkan insan-insan tersayang…
Lebih-lebih lagi Along , Ain dan bonda yang sangat2 saya dikasihi..
Sudahlah dua minggu sebelum berangkat along mendapat chickenpop dan seminggu kemudian Si Ain pula dijangkiti…
Ya ALLAH kuatkan hati kuuuuu…
Detik 10.00 malam ...... saat keberangkatan semakin hampir…
Sebelum bergerak, petugas di situ melaungkan azan dan diiringi doa .
Terasa seolah-olah pergi kami ini pergi yang tak akan kembali lagi ke pangkuan keluarga…
Air mata bercucuran tika mendengar azan dilaungkan……Saat ini air mata tak dapat disembunyikan lagi….Saya peluk kemas orang yang akan saya tinggalkan..
Saya dakap emak sekemas mungkin sambil pohon keampunan.. Mohon doa restu dari seorang ibu yang amat saya kasihi yang terlalu banyak jasa dan pengorbanannya kepada saya.....
Hati semakin sayu.. Saya peluk de,alang,ateh dan ina,mohon kemaafan daripada semua..
Anak-anak saudara saya, Hanis, Alyaa, Nabilah, Fitrah, Amar dan Hakim..
Akhir sekali saya dakap along, rasa seperti tidak mahu lepaskan pelukan ini…
Saya tidak pasti , mungkin ini pelukan terakhir saya untuk dia.Saya peluk Ain, tapi dia meronta minta dilepaskan,sedikit pun tidak sedih apatah lagi menangis tatkala saya melangkah meninggalkannya menuju ke balai berlepas. Ain seolah-olah merajuk …
Malah saya pula jadi begitu sebak…
Sangat sebak saat kaki melangkah ke Balai Berlepas..

Selamat Tinggal anak-anak ummi...
Selamat tinggal emak...
Selamat tinggal abang2.. kakak2 , adik dan anak-anak buah...
Panjang umur InsyaALLAH kita pasti akan bertemu lagi.....
Panjang umur InsyaALLAH kita pasti akan bertemu lagi.....
Ulasan
selalu antar org pun saya yg over teresak2.. merah semua biji mata,hidung